Drama Korea...




Bangunan SMAWP 3 yang penuh dengan memorabilia

Kelas Study Circle semalam berjalan seperti biasa. Kalau tak ada ribut kencang atau tsunami yang membaham, maka seperti biasalah kan. Setiap minggu, hari Jumaat, pukul 12.00 tengahari. Sesi pertama bersama cheif facilitator, manakala sesi kedua bersama fasilitator.

Oppss, bagi yang tak tahu, Study Circle adalah subjek wajib yang diambil oleh semua pelajar asasi UIAM. Walaupun tiada credit hours dalam pointer, subjek ni wajib lulus untuk melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke kampus induk masing-masing sama ada di Kuantan ataupun di Gombak.

Ketika sesi ke 2 iaitu bersama fasilitator, satu persoalan telah menjentik minda saya supaya berkerja keras untuk berfikir.

"Siapa kat sini suka tengok drama korea, cu angkat tangan," kata si Fasilitator.

Ada dua tiga orang yang semangat meluruskan tangan. Ada juga yag tersipu-sipu dan teragak-agak.

"Tak de la minat sangat, cuma kalau bukak tv, itu cerita yang ade, tengok je lah," ada juga yang berkata begini.

"Korang jangan cakap pada orang yang minat korea ni, 'apelah suke tengok orang-orang mate sepet nih, bukan seronok pun!' sebab nanti akan reflect pada diri korang sendiri. Macam saya sendiri pun, dulu tak suke jugak. Tapi sekali dah tertengok, tak boleh berhenti...," sambung si fasilitator.

Bagi saya, kenyataan itu sesuatu yang ganjil. Namun, untuk menghormati majlis, saya memilih untuk berdiam diri dan menjadi pendengar sahaja.



BENARKAH BEGITU?

Tidak saya nafikan, ada individu-individu tertentu yang dahulunya sangat 'benci' dan ringan mulut untuk menzahirkan kebencian terhadap sesuatu yang munkar. Namun, setelah dilenturkan dengan peredaran zaman, akhirnya sesuatu yang pernah dia benci dahulu, bertukar menjadi identiti diri.

Contoh yang pernah saya sendiri saksikan ialah fesyen bertudung. Dahulu, saya pernah mendengar dari mulut si dia secara 'ainal yaqin' yang dia sangat tidak sukakan muslimah yang memakai tudung jarang, apatah lagi yang tidak melepasi paras dada. Namun, setelah beberapa tahun kemudian, si dia inilah yang tidak ada lagi segan silu mempamerkan yang dirinya sudah berubah dan selesa dengan penampilan baru bersama tudung jarang. Gambar dipapar difacebook sebesar-besar alam, seolah-olah luput langsung dari ingatannya yang pada suatu masa dahulu dia pernah membenci penampilan itu.

Ada juga yang dahulunya tidak suka menonton filem korea, entah bila masa tercetusnya 'momentum' perubahan, akhirnya menjadi peminat fanatik drama korea. Andai terlepas satu episod, maka jadilah dirinya seperti si kucing kehilangan anak.

DRAMA KOREA? 

Begitu juga dengan drama korea.

Saya pernah menonton City Hunter secara tidak sengaja di bilik kawan segroup (atau macam sekelas) pada semester yang lalu. Lebih kurang 30-40 minit juga saya menghabiskan masa untuk 'memahami' babak dalam cerita terbabit.

Dalam tempoh itu, apa yang saya fikirkan, drama korea tidaklah seteruk atau seporno seperti mana yang saya fikirkan sebelum ini. Dalam tempoh itu juga, boleh saya katakan drama filem Melayu yang menjadi juara dalam 'memornokan' pelakon-pelakon yang rata-rata beragama Islam, berbanding drama City Hunter itu, yang lebih thriller berbanding emosional.

Tiada yang terlalu menjelikkan.

Namun, apa yang menjadikan peminat-peminat drama korea ini kepinginan adalah tersilap dalam menghighlightkan dari sudut-sudut tertentu. Plot dan jalan cerita yang unik menjadi medan terbesar yang utama mengapa sesuatu filem menjadi hangat. Namun, ada juga yang lebih-lebih menimbulkan WATAK-WATAK di dalam cerita korea itu!

Buka facebook, gambar pelakon korea. Desktop profilegambar pelakon korea. Blog pun, postkan gambar pelakon korea. Bila ambil gambar diri sendiri, kemudian cut-paste gambar pelakon korea di sebelah. Lepas tu tag kawan-kawan yang minat korea jugak. Lepas tu berebut 'lelaki' gambar pelakon korea itu sesama sendiri. Yang kawan-kawan jeles tu pulak buat gambar untuk dia pulak dah. Pastu tag balik.


Ada juga yang sanggup ke kedai gambar, printkan gambar pelakon korea dengan diri sendiri. Kemudian, letak dalam diari. Hari-hari buka tengok gambar tu, syok sendiri.


Drama korea pada mulanya mungkin hanya biasa-biasa, tetapi akhirnya menjadi barah. Malah kita juga telah melakukan 3 larangan Allah secara serentak!

Drama, pelakonnya sudah pasti tidak menutup aurat. Bilangan jam yang kita luangkan terlalu banyak hingga mengabaikan tanggungjawab untuk belajar, ataupun meningkatkan iman diri. Pandangan mata yang tidak dijaga terhadap silang jantina. Walaupun asal pada setiap sesuatu perkara yang tiada dalam ibadah itu hukumnya harus, alasan-alasan ini boleh menyebabkan kita terjatuh dalam perkara yang syubhat.

Manakala yang syubhat itu menjatuhkan diri dalam perkara yang HARAM.

"Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. 

Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. 

Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.


 (Hadis Riwayat Bukhari)

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa, di dalam drama adanya adegan percampuran lelaki dan perempuan. Berpegangan antara bukan mahram secara bebas dan terang-terangan. Walaupun ianya hanya lakonan, hukum tetap hukum. Haram tetap haram. Apakah tindakan kita ketika melihat maksiat? Di mana mahu meletakkan hadis Rasululllah sallahu 'alaihi wa sallam.



عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ 


Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : 

"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman."

(Hadis Riwayat Muslim)


"Hensem tak dia ni?", tanya seorang peminat korea.

"Hensemnya !" rakan sebelah memberi respon.

"Nak letak kat facebookNak letak kat facebook!"


Pastu pakat-pakat memberi komen. Rambut dia lawa. Hidung dia mancung. Pipi dia comel. Dan entah apa-apa lagi lah.

Itulah dialog tipikal yang selalu didengari. Hensem? Bagaimana pandanganmu, wahai sahabatku? Apakah kalian lupa pada larangan Allah secara jelas dalam al-Quran yang kita baca setiap hari?

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya."


(Surah An-Nisa', ayat 30-31)



Masa dicuri, harta pun dihabiskan pada tempat yang tidak sepatutnya. Sukar untuk saya definisikan menonton drama itu walaupun tidaklah haram, tetapi apakah ia dikira sebagai satu amal soleh?

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar."

(Surah Al-'Ashr, ayat 1-3)

Maka, apabila menjadi keadaan seperti ini, menonton drama korea itu boleh jatuh dalam perkara maksiat dan dosa.

Rugi, rugi dan rugi. Hidup kita cuma sebentar, duhai sahabatku!


KETANDUSAN ITU PUNCANYA


Alasan tidak mahu menegur orang yang dalam 'kesempitan dan kesesakan' dengan arus drama korea kerana tidak mahu apa yang kita cakapkan itu menjadi kenyataan pada diri sendiri pula, bagi saya, ianya tidak berasas sama sekali!

Dalam buku Dakwah Fardiyah yang dikarang oleh Mustafa Masyhur, beliau membawa satu analogi yang ringkas dan amat bermakna.

Begini, si A sedang tidur nyeyak di sebuah rumah Bunglownya. Tiba-tiba kebakaran telah berlaku kerana kebocoran gas. Rakan serumah, si B menyedari akan hal itu segera mengejutkan si A untuk keluar dari rumah itu. 


Namun, si A tidak mengendahkannya kerana masih 'mamai' dalam lenanya. Si B pula menyedari akan bahaya yang akan menimpa rakan serumahnya, dia berasa bertanggungjawab menyedarkan rakannya supaya tidak terperangkap. 


 Si A bukan saja tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh si B, bahkan memarahi si A kerana mengganggunya untuk tidur! Begitulah umpamanya. Orang yang sedang melakukan maksiat terhadap Allah tidak sedar bahawa bahaya akan menimpa dirinya. 


Seperti si A tadi. Apabila datang peringatan yang dibawa oleh si B, dia masih buat tak tahu dan akhirnya memarahi pula. 

Begitulah sikap orang-orang kafir dan munafik pada zaman Rasulullah SAW dahulu :

 ".....tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya):

Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka.

 (Surah Al-Mulk, ayat 8-10)

Andai benar kita sayangkan sahabat-sahabat kita, relakah melihat dan hanya membiarkan mereka rentung bersama dengan api tanpa melakukan apa-apa?

Apakah itu yang dinamakan sahabat?

SUDUT BAGI YANG TIDAK LAGI

Bagi yang belum terperangkap dalam rumah yang sedang marak api, menegur itu tetap menjadi kewajipan. WAJIB. Jangan pula cakap, 'aku tak mahu kejutkan dia daripada tidur sebab nanti aku pula yang terlena dalam rumah terbakar. Baik aku lari sorang-sorang, tinggalkan mereka dengan mimpi yang nyenyak!'

Cuma, cara memberi teguran, bukanlah dengan menghina perkara yang orang-orang ketagih itu sedang fanatiknya ditahap yang tertinggi. Sudah pasti, mereka pasti menolak mentah-mentah apa yang kita cakapkan seperti,

"Eh, kenapalah minat sangat dengan orang yang tak basuh berak tuh."

Dalam masa yang sama, carilah objektif dan titik tolak mengapa anda tidak melakukan perkara mungkar sedemikian untuk mengelakkan suatu hari nanti andai anda pula mahu mencuba. Istiqamah, mujahadah dan ilmu perlu ditambah seiringan. Jika tertinggal salah satu komponen ini, maka, tidak mustahil pada suatu hari nanti, anda akan terjebak dalam perkara yang pernah anda benci pada masa ini.

Istiqamah, apabila perkara mungkar itu belum sampai pada kita. Masih tidak terbuka peluang untuk kita melakukannya. Contohnya, apabila kita tidak dapat menonton korea kerana WiFi di kampus yang terlalu lambat, maka teruskanlah tidak menontonnya.

Mujahadah, apabila perkara mungkar sudah berada di hadapan mata. Contohnya, tiba-tiba kawan kita datang membawa hard disk yang mengandungi semua episod tanpa tertinggal walaupun satu. Berperanglah dengan hawa nafsu supaya mengatakan TIDAK.

Ilmu, pengetahuan tentang sesuatu benda, mengapa aku tinggalkan dan mengapa aku buat sesuatu perkara. Adakah ini haram, harus, sunat, makruh, ataupun wajib?

SUDUT YANG SUDAH

Anda pula, tidak boleh menghalang orang yang masih belum merasakan keghairahan drama korea daripada menegur. Dan juga, dengarlah nasihat daripada orang yang alim ataupun tidak tentang peringatan, supaya anda tidak dikategorikan sama dengan spesis binatang seperti mana yang dirakamkan di dalam al-Quran.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

(Surah Al-'Araf, ayat 179)

Apapun, cubalah rawat hati anda supaya tidak terlalu obses, dan kurangkan bilangan jam anda menonton filem-filem berkenaan. Ya, memang sukar untuk terus berhenti. Tetapi, jangan biarkan barah itu melarat kerana boleh membawa kepada perkara-perkara haram seperti yang saya telah sebutkan di awal catatan ini. Malah, kita juga akan disoal tentang apakah usaha yang telah kita lakukan, bukanlah hasilnya.

P/s : Tujuan catatan ini hanya memberi suntikan kekuatan buat diri ini, jatuh sekali mahu menembak sesiapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!