Adunan ini menghasilkan kira-kira 60-80 keping biskut |
BAHAN-BAHAN
6 cawan oat (dikisar halus)
6 sudu besar serbuk coklat/koko
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus)
1 cawan minyak sapi - dicairkan
120g buttercup - dicairkan
CARA MEMBUATNYA
1) Campurkan oat, gula, serbuk koko dan tepung gandum ke dalam bekas adunan. Gaul hingga rata dengan sudu/sudip/senduk.
2) Masukkan minyak sapi dan buttercup yang telah dicairkan. Gaul hingga rata.
3) Bentukkan sesuka hati, kemudian letakkan diatas loyang pembakar yang digris.
4) Bakar pada suhu 175 celcius hingga biskut masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!