Resipi Puff Krim (Cream Puff)

Adunan ini anggaran hidangan untuk 5-7 orang

ROTI PUFF

Bahan-bahan
250g air kosong
100g buttercup/minyak sapi
125g tepung gandum
3 biji telur
Sedikit garam

Cara membuatnya
1) Masukkan air kosong dan buttercup ke dalam kuali, nyalakan api. Gaul hingga mendidih (tetapi jangan sampai tersejat airnya)
2) Kecilkan api. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati, kemudian tutup api.
3) Biarkan hingga adunan sejuk.
4) Pukul telur hingga sedikit kembang. Masukkan ke dalam adunan yang telah sejuk. Gaulkan hingga rata.
5) Bentukkan kecil-kecil, susun dalam loyang pembakar yang telah digris. Saiznya akan menaik sehingga 2 kali ganda dari saiz asal apabila dibakar. Suhu ketuhar yang dicadangkan adalah 175 celcius dan dibakar selama 40 minit.

KRIM

Bahan-bahan
35g tepung kastad
5 sudu besar gula
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1 biji telur (kuning sahaja)
7g mentega/buttercup
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
1) Campurkan susu cair, air, gula, dan pes kastad. Kacau sebati.
2) Masak atas api kecil, kacau hingga kastad hampir pekat. Masukkan kuning telur, mentega dan esen vanila. Kacau sebati.


KRIM PUFF
Anda disarankan memasak rotinya terlebih dahulu sebelum krimnya. Hal ini kerana krimnya akan mengeras dan bergentel dengan pantas apabila sejuk.
1) Potong roti puff yang telah masak pada paksi X (melintang), tapi jangan sampai putus
2) Sudukan krim ke dalam lubang roti puff.
3) Sedia dimakan, tetapi lebih enak jika dibiarkan sejuk atau diletakkan dalam peti sejuk terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!