Bakau, Bukan Sekadar Paya...

Berhati-hati. Jalan perlahan, supaya tidak tergelincir
Gambar Ihsan : Ukt. Izzuana Roslan

"Hang ni, kaki letak situ, pastu tangan pegang ni!" bentak Lina (bukan nama sebenar) kepada seorang rakannya ketika melalui halangan-halangan geografi ketika merentasi hutan paya bakau.

"Jap la. Aku takut jatuh. Betui ka boleh ni?" balas si Minah (bukan nama sebenar), dengan nada separuh hilang sabar, barangkali.

Saya dan seorang lagi sahabat 'se-fesi' hanya memerhati. Kami menggelengkan kepala.

Benar. Perjalanan di dalam hutan paya bakau mempunyai kelainan yang tersendiri. Silap percaturan, boleh tenggelam dalam selut hingga ke paras pinggang!

Banyak perkara yang dapat saya pelajari ketika menjadi salah seorang daripada baris-baris dalam mengatur program mukhayyam baru-baru ini. Chalet D'Omland dan seluruh pelajar-pelajar banat tingkatan 3 daripada Sekolah Menengah Islam Al-Islah Sungai Petani, telah menjadi sebahagian saksi tentang beberapa pengajaran dan teladan yang saya kutip dan simpan kemas-kemas dalam memori.



Hanya tuhan yang tahu, betapa gembira dipertemukan dengan keindahan ciptaan Allah ini selepas diberi peluang hidup selama 18 tahun, dan inilah kali pertama!
Gambar Ihsan : Ukt Izzuana Roslan


IBRAH DARI PERJALANAN

Perjalanan sekejap lancar, sekejap berhenti. Mungkin ada sesuatu yang berlaku di hadapan, tidaklah kami mengetahuinya. Merentasi bakau menggunakan titi yang lebarnya hanya memuatkan sebelah kaki (lebih kurang sejengkal lebarnya), tidaklah semudah yang disangka. Bersama selut-selut yang melekat di kasut, darjah kelicinan boleh menggugat kestabilan kami. Mujurlah ada tali yang dipasang kanan dan kadangkala di sebelah kiri memudahkan usaha menstabilkan diri.

Baru sepuluh minit perjalanan, terasa pemandangan seperti ini pernah saya lihat. Tetapi di mana ya?

Saya berfikir sejenak, menyingkap kembali memori silam. Sungguh, saya tidak pernah mengalaminya di alam realiti tetapi pernah menyaksikannya di alam 2D! --iaitu televisyen dan surat khabar.

"Ya, saya sudah ingat!"

Kanak-kanak di Sabah dan Sarawak. Beginilah jalan yang terpaksa mereka tempuhi setiap hari, untuk pergi ke sekolah menuntut ilmu. Tiada jalan raya berturap, apatah lagi bas atau kereta yang dipandu oleh ibu bapa mereka sendiri. Jauh panggang dari api. Mungkin angan-angan kanak-kanak di Sabah dan Sarawak untuk menikmati apa yang sudah kami rasakan kini, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

"Saya sayang bakau!"  ;p
Gambar Ihsan : Ukt. Izzuana Roslan

Itu baru kisah kanak-kanak Sabah dan Sarawak. Sudah cukup menginsafkan kita, menyebabkan kelenjar mata kita merembeskan air mata. Pun begitu, mereka masih punya keamanan, meskipun hidup dalam kesempitan. Bagaimana pula kanak-kanak di Palestin? di Kemboja? dan di lain-lain tempat?

Hidup dalam huru-hara, kelaparan, kesejukan dan kegelapan serta ketakutan yang melanda mereka sejak mereka mencelikkan mata di dunia ini.

Kehidupan masih mereka teruskan. Tiada putus asa ataupun rungutan yang dilafazkan. Jika ada, masakan mereka mampu menghirup udara di dunia hingga kini. Namun, berbeza bagi kita. Seperti dialog di atas, baru sedikit kesusahan dirasakan, mudahnya kita melatah. Sahabat yang dikenali dengan mood yang baik, tiba-tiba berubah menjadi garang dek kerana keletihan dan tekanan yang baru dihadapi tidak sampai setengah jam.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

(Surah Ar-Rahman, ayat 16)

Masih tiadakah sekelumit belas terhadap mereka dan kesyukuran dalam diri kita?

Jika ada belas ihsan itu, apakah bukti yang kita sudah lakukan?


IBRAH DARI KEUNIKAN BAKAU

"Untungnya budak-budak form 3 ni, dah dapat tengok pokok bakau sebelum belajar secara teori dalam Biologi nanti," saya bersembang-sembang dengan Iffah, memandangkan hanya kami fasilitator, berdua yang berjalan di belakang sekali.

Bukan semua orang pernah melihat pokok bakau di alam realiti. Maklumlah, sekarang dunia teknologi maklumat.

Percambahan unik bakau. Nampak tak?
Gambar Ihsan : Ukt. Izzuana Roslan


Melihat anak-anak pokok bakau  mengeluarkan pucuk-pucuk yang baru menjengah ke dunia, membuatkan saya sedikit teruja. Itulah cara percambahan biji benih yang selama ini saya menghafal teorinya dari sebuah buku kegemaran saya, berkulit hijau, buku Biologi. Juga, akar-akar yang menonjolkan diri dengan menggunakan jenis akar pneumatophore, ilham dari Tuhan yang maha kuasa.

Malah, lebih mengujakan apabila saya juga dapat melihat beberapa jenis binatang yang ada di dalamnya seperti Ikan Belacak, Ketam Nipah, dan juga Tiram - terima kasih kepada grup yang bagi fesi-fesi dapat rasa tiram segar..sedaaap! :) . Alahai, maklumlah. Sekali-sekala teruja, resam orang yang menetap di bandar.

Sesungguhnya, setiap kejadian ciptaan Tuhan itu tiada yang sia-sia!

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."

(Surah Ali-Imran, ayat 191)

Sempat juga saya mencipta sebuah kata-kata hikmah* baru iaitu,

"Taqwa itu ibarat berjalan di dalam hutan paya bakau. Perlu berhati-hati supaya tidak tergelincir atau tenggelam dalam selut."

*Perlu diingatkan bahawa kata-kata ini hanya sah untuk sesiapa yang tinggal dibandar.


Barisan urusetia yang berdedikasi selepas menikmati keindahan bakau :)
Nota : Sungguh cermat menjaga tudung bagi sesiapa yang memakai tudung berwarna cerah, ya!

Gambar Ihsan : Ukt. Izzuana Roslan (yang kiri sekali ;p)



*PENGHARGAAN terima kasih yang tak terhingga kepada Ukt. Izzuana Roslan kerana sudi membawa kameranya ketika di belantara bakau! :)

5 ulasan:

  1. salam asiah!!
    bestnya mukhayyam!!
    time f5 km p dh camping kt d'omland ngan pandu puteri..
    ruginya x dpt p :(

    BalasPadam
  2. assalam..
    suka bca blog ni...
    thanks 4 sharing ur experience...

    BalasPadam
  3. @ Nurhani

    Wa'alaikumussalam. Haha. Dah pernah pergi D'omland sekali dgn Sakinah ek?
    p/s: maksudnya dah rasa bagaimana nyamuk merempit disebelah malam itu... :)

    BalasPadam
  4. @ big_bibi

    Happy reading!
    p/s : Sharing is caring ^^

    BalasPadam
  5. terima kasih xterhingga juga buat asiah kerna sudi meletakkan nama 'izzuana' dlm post kali ini...walaupun sekadar pengambil gambar...rindu saat riadah ini...moga Allah mengatur pertemuan seterusnya...

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!