![]() |
| Tamat masa peperiksaan kimia II, peperiksaan terakhir di CFS |
Tajuk yang saya pilih adalah berkaitan dengan kebersihan mulut (dan gigi). Di sini, saya ingin berkongsi bagaimana menjaga mulut (dan gigi) dengan baik berdasarkan pembacaan beberapa jurnal-jurnal akademik dan puluhan artikel yang telah saya baca. Sengaja saya kongsikan di sini, moga ianya bermanfaat. Walaupun ini bukanlah artikel yang ditulis oleh seorang profesional doktor gigi, artikel ini ditulis atas kesedaran dan kecaknaan kepada kebersihan; iaitu sesuatu yang patut diamalkan oleh setiap mukmin.





