Dah Gosok Gigi Belum? Eh.

Tamat masa peperiksaan kimia II, peperiksaan terakhir di CFS

Alhamdulillah. Telahpun selesai dan tamat pengajian di Pusat Asasi UIAM. Buat pengetahuan pembaca, pada semester akhir yang lalu ada satu subjek yang saya ambil iaitu English for Academic Purposes. Subjek ini seperti pengenalan kepada kami tentang bagaimana untuk menulis format research di peringkat ijazah kelak.

Tajuk yang saya pilih adalah berkaitan dengan kebersihan mulut (dan gigi). Di sini, saya ingin berkongsi bagaimana menjaga mulut (dan gigi) dengan baik berdasarkan pembacaan beberapa jurnal-jurnal akademik dan puluhan artikel yang telah saya baca. Sengaja saya kongsikan di sini, moga ianya bermanfaat. Walaupun ini bukanlah artikel yang ditulis oleh seorang profesional doktor gigi, artikel ini ditulis atas kesedaran dan kecaknaan kepada kebersihan; iaitu sesuatu yang patut diamalkan oleh setiap mukmin.

Ini Bidang Saya, Jangan Sesiapa 'Ganggu'

Hentikan kegitan pengekslusifan agama kepada golongan tertentu.
Ianya bukan milik Melayu, juga bukan milik ustaz ustazah sahaja!
(Gambar : Masjid Cheng Ho, Rantau Panjang, Kelantan - diambil pada bulan 8, 2012)
“Saya nak cari buku Imam Syatibi, kalau awak berjumpa tolong belikan untuk saya. Nak sangat,” seorang pelajar aliran sains kesihatan berdialog dengan rakannya yang berada di kursus aliran agama.

Mungkin budak sains itu memikirkan permintaannya daripada orang yang berada di “bidang” itu mudah untuk mencari buku berkenaan.

“Awak nak baca? Untuk apa?” Tanya pelajar bakal “ustazah” itu.

“Untuk tahu, tak boleh ke?” nada pelajar sains itu bersahaja.

“Bukan tak boleh, tapi kena ada guru. Sebab kalau belajar tanpa guru, gurunya adalah syaitan,” syarah si bakal ustazah.

Budak sains itu terperanjat.

Dengar, Dengar, Dengar dan Diam

Semasa di sekolah rendah, saya pernah mengalami peristiwa di atas yang hampir serupa dengan Miss Bawani. Namun tidaklah setragis peristiwa itu, demikianlah setara dengan umur saya ketika itu. 

Pagi itu kelas hafazan seperti biasa. Sebelum memulakan kelas setiap hari, 30 minit pertama diperuntukkan bagi kelas hafazan.

"Ana period ni, boleh ko nak baca Quran?" tanya sahabat semeja di sebelah.

"Kat rumah, satu keluarga ana baca saja Quran. Kakak-kakak ana pun baca saja masa period. Mak ana kata tak larang, ada ulama' kata boleh baca," jawapan yang tiada nas dan dalil, tetapi sudah cukup untuk dipercayai bagi kanak-kanak sekolah rendah.

Sahabat saya itu membacanya.

Beberapa minit kemudian, guru tasmi' pagi itu membuat tinjauan. Di sebabkan hanya beberapa orang saja pelajar perempuan yang sudah kedatangan haid ketika itu, beliau mengingatinya. Sahabat saya itu sudah masuk hari kedua haid. Maksudnya, semalam beliau tidak membaca al-Quran dengan alasan haid, kemudian hari ini, dia membaca semula seperti biasa. Berpandukan 'ijtihad' yang saya berikan.

Jangan Lupa Pada Yang Berjasa


"Alangkah baiknya jika tuan keluar seperti mana orang lain," kata seorang wakil Umar bin Abdul Aziz (ketika itu beliau menjadi gabenor di madinah) yang menjadi wakil bertemu khalifah al-Walid bin Abdul Malik.

Lelaki tua itu tidak berganjak.

Orang ramai telah diarah keluar dari masjid nabawi kerana khalifah berhasrat untuk memperbesarkan kawasan masjid nabawi. Hal ini untuk memudahkan khalifah meninjau dengan lebih teliti. Khalifah hadir ditemani oleh dua orang iaitu Umar bin Abdul Aziz dan Raja' bin Haiwah, serta beberapa wakil pegawai Umar bin Abdul Aziz.

"Saya tidak akan keluar dari masjid ini kecuali pada waktu yang biasa saya keluar," kata lelaki tua itu.

Beliau tidak gentar meskipun dengan khalifah.

Jodohkan Anak Dengan Seorang Rakyat Miskin, Tidak Dengan Jejaka Bakal Khalifah!


"Maisarah!" si khalifah, Abdul Malik Bin Marwan, memanggil pengawalnya setelah terjaga dari tidur.

"Ya, wahai Amirul Mukminin," panggilannya bersahut.

"Pergilah ke masjid Rasulullah SAW dan panggilkan seorang ulama' untuk berbual dengan saya," pinta si khalifah.

Ketika itu khalifah berhasrat untuk menunaikan haji. Maka, baginda menziarahi madinah terlebih dahulu. Rombongan khalifah ini bertolak dari Damsyik ke Madinah. Apabila tiba di madinah, baginda menziarahi masjid nabawi. Baginda mendapati terdapat banyak majlis ilmu yang dikendalikan oleh para tabiin. Tempoh lawatan ke masjid nabawi dipanjangkan.

Masih Fotosintesis Zaman UPSR Lagi


"Setiap benda hidup, perlu ada sumber makanan untuk terus hidup," terang Muallimah Razana, dalan kelas 5 Zubair, di sebuah sekolah rendah.

"Hmm, jadi bagaimana dengan tumbuh-tumbuhan? Mereka tiada gigi untuk mengunyah makanan?" murid-murid darjah 5 kehairanan.

"Begini, tumbuhan ada cara tersendiri untuk mendapatkan makanannya. Lain daripada manusia dan binatang."

Ligat kepala otak murid-murid darjah 5 memikirkan caranya. Ada yang terbayang pokok mendapatkan makanan ala-ala gabungan 7 biji bola naga bertindak, lalu menyambarkan cahaya masuk ke dalam daun, melalui cahaya matahari.

"Tumbuhan ada mekanisma yang tersendiri. Proses itu disebut fotosintesis. Ingat, fotosintesis!" kata guru sains itu sambil mengeja perkataan fotosintesis di hadapan papan putih.

Tulisan bulat-bulat Muallimah Razana memudahkan para murid mengingatinya dengan mudah.