Bangunan baru yang telah siap dibina |
Setelah mengalami keadaan yang ajaib dan menakutkan dalam masa 3 hari 2 malam (Jumaat, Sabtu & Ahad), maka dengan inayah-Nya, 'penderitaan' kami berakhir juga. Alhamdulillah, selepas itu, memang tak ada apa-apa dah perkara pelik yang berlaku.
Satu persatu clue yang kami jumpa terbongkar rahsia akhirnya. Tetapi, tak ada kaitan pun dengan pekerja buruh dan baju yang telah dicuri.
TERBONGKAR
1) Lukisan yang ada pada pasir dibelakng kabin.
Haha. Lawak juga bila dah tau benda sebenarnya. Rupa-rupanya, budak-budak sekolah rendah asrama yang datang pada waktu petang untuk bermain. Jadi, tak ada apa yang nak dihairankan.
2) Kelas yang berkunci, suis kipas tak dimatikan.
Berkenaan budak-budak sekolah rendah juga. Depa tak tutup kipas selepas kelas tuisyen, budak-budak ni keluar ke pintu utama, kelas mereka dikunci. Pak guard cuma kunci pintu utama. Jadi, semua seluruh dewan terkunci.
3) Pintu zink yang kemek macam org panjat.
Sebelum kejadian tu, ribut memang kuat. Masa tengok tu tak ingat langsung pasal angin kuat tu. Haha..
4) Kelas bercahaya malam selepas baju dicuri.
Budak sekolah rendah datang ke sekolah untuk ambil buku dalam kelas depa, lagi!
5) Kerusi besar dan kecil dekat tingkap.
Masih pasal sekolah rendah! Depa cuci tingkap la, tak sampai, katanya.
PRASANGKA ITU MEMBINASA
Jangan cepat prasangka. Teliti, teliti jugak. Cuma, jangan keterlaluan sangat. Fikiran kita akan banyak dipengaruhi oleh apa yang selalu kita lihat. Maka, macam mana nak dapat fikiran yang matang kalau asyik tengok kartun, ja? Memang jadi kartun la akhirnya....kan?
Satu lagi, kita kena sentiasa bergantung kepada Allah, dalam setiap perkara & masa. Bukan waktu susah saja. Tak jadi cam tu. Ingat kalau malam tu betul-betul 'penceroboh' yang datang, memang terserah pada Allah! Hanya tuhan yang tahu.
Dalam hidup, kita adalah hamba. Layakkah hamba nak bermewah-mewah & bersenang-senang? Hamba sepatutnya hidup dalam penuh takut & berharap pada tuannya, kan? Inilah benda yang selalu kita lupa. Sebab manusia kebanyakkan tak rasa macam dirinya adalah hamba. Malaikat pun hubungannya dengan ALLAH tetap ubudiyyah, tak ada dosa pun. Kita? Banyak dosa lagi.
'Ala kulli hal, ALLAH adalah al-khaliq. Dia tahu segala kelemahan hambanya. Allah Maha pengampun, penyayang kepada orang-orang yang beriman. Orang kafir pun Allah bersifat pemurah, inikan lagi yang taat padaNya. Ayuh, bertaubatlah sebelum bertemu denganNya di hari an-Nadammah.
Menyesal kelak tiada gunanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!