Pelihara Kalam Rasulullah, Jauhi Orientalis..

 







Junjungan besar kita, Nabi Muhd SAW pernah bersabda:

Aku tinggalkan kepadamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagi mana berpegang teguh padanya. (Iaitu) Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah nabi.

(Mafhum al-Hadis)

Jelas,terang lagi bersuluh hadis di atas menjawab persoalan tentang golongan anti-Hadis memang boleh membawa kepada kesesatan. Jaminan Rasulullah bagi umatnya yang tidak akan sesat hanya yang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah sahaja.

Tapi, kalau orang yang anti-Hadis, macam mana nak hujah dengan mereka?

Boleh ka guna hadis juga, sedangkan mereka tak percayakan hadis?




KESALAHAN MENTAFSIR

Antara kesalahan mereka ialah :

1) Salah rujukan kitab;

2) Penyelidikan sumber yang tidak syumul; hanya menafsirkan ayat mengikut terjemahan, tanpa teks Arabnya.

3) Penyelidikan terhadap sesebuah kitab juga tidak syumul;

4) Kesalahan dalam merujuk pengarang kitab;

5) Menafikan kebenaran kitab;

6) Kesalahan terjemahan teks Arab;

7) Menganggap sesuatu yang tidak diketahui sebagai yang tidak wujud;

8) Menuduh umat Islam mencipta hadis tanpa BUKTI;

9) Mengkonklusikan hadis dari sebahagian MATAN, jauh dari maksud asal; mereka juga mendiamkan ayat  al-Quran yang bertentangan dengan fahaman mereka.

10) Anggapan mereka bahawa para tokoh hadis lalai dan keliru dalam menapis hadis.

HUJAH DAN JAWAPAN (1)

Al-Quran sudah lengkap dan sempurna, kenapa nak rujuk kepada hadis lagi? Allah ada berfirman dalam al-Quran;

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka sebuah kitab, yang Kami telah menjelaskan satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang yang mahu beriman.

(Surah Al-‘Araaf, ayat 52)

Menurut penafsiran Yusuf al-Qardhawi,  ayat yang membawa maksud kepada kelengkapan dsb adalah bersandarkan kepada penerangannya. Lengkapnya al-Quran dari sudut mentauhidkan ALLAH dan wasilah menjana syari’atNya, semua keadaan dan masa.

Kelengkapan untuk memenuhi dalam suasana dan masa ini memerlukan perincian tertentu. Atas dasar ini lah, hadis wajib menjadi sandaran. Kesannya, apabila hadis di tolak, maka sebenarnya penolakan itu bererti menentang al-Quran juga.

Golongan orentalis menafsikan ayat al-Quran secara zahir atau face value sahaja. Sebagai contoh, pagi tadi kita bersarapan mee goreng. Nak cari hukum makan mee goreng dalam al-Quran?
Jumpa?

Kalau tak jumpa, adakah hukum makan mee goreng adalah halal, haram atau sesuatu yang dilupai alQuran?

Sekiranya kita memahami ayat-ayat alQuran sebagai dasar utama, maka makan mee goreng adalah halal sekiranya disembelih dengan nama Allah. (al-An’aam,6:121), bukan bangkai atau khinzir (al-Maidah, 5:3)

HUJAH DAN JAWAPAN (2)

Berdasarkan ayat al-Quran :

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan alQuran, dan Kamilah yang memeliharan dan menjaganya.

(Surah al-Hijr, ayat 9)

Cuma yang dijamin dipelihara hanyalah alQuran. Hadis-hadis tak ada jaminan pun.

Secara logiknya, wajarkah Allah hanya memelihara tulisan-tulisan dan huruf al-Quran sahaja? Tiada makna jika begitu. Maka, maksud yang Allah memelihara al-Quran ialah Allah bukan saja memelihara tulisannya, bahkan segala syariat yang terkandung di dalamnya. Syariat yang memelukan perincian memerlukan hadis.

Jadi, hadis mestilah dipelihara Allah, kan?

Setiap generasi akan wujud ahli Hadis yang sentiasa menyemak, menganalisa dan mengkaji kedudukan isnad sesuatu hadis untuk dibezakan antara yang benar dan palsu.

HUJAH DAN JAWAPAN (3)

Rasulullah sendiri pernah melakukan kesilapan sehingga ditegur oleh Allah di dalam al-Quran :

1) Mengenepikan pertanyaan orang buta tentang Islam (Abasa, 80:1-11)

2) Rasulullah membiarkan tawanan pereng Badar hidup (al-Anfal, 8:67)

3) Rasulullah mengizinkan beberapa orang untuk tidak mengikuti perang (at-Taubah,9:43)

4) Rasulullah mengasingkan diri dari bersama isteri kerana tidak menyukai tindakan mereka (at-Tahrim,66,1)
Ini bererti baginda tidak maksum dan tidak memungkinkan kita mengikuti dan mentaatinya.

Secara 'aqliyyahnya, ada tak manusia yang hanya melakukan  4 kesalahan selama 22 tahun?
Tak, mana ada.

Kalau ada, nabi dan rasul-rasul sahajalah. Kenapa kesalahan baginda ditegur oleh Allah di dalam al-Quran? Ini adalah kerana segala tindak-tanduk Rasulullah dipelihara ALLAH dan di awasi daripada segala kesalahan.

Bukan untuk menunjukkan Rasulullah SAW selalu melakukan kesalahan.

HUJAH DAN JAWAPAN (4)

Rasulullah pernah melarang para sahabat daripada menulis hadis. Demikian juga dalam sejarah diterangkan bahawa para Khulafa’ arRasyidin seperti Abu Bakar dan Umar melarang penulisan hadis. Ini bermakna hadis bukan sebahagian daripada syariat Islam.

Pokoknya, kenapa ada larangan menulis hadis?

Terdapat 2 kategori larangan diatas.

Kategori 1: Rasulullah SAW melarang sahabat menulis hadis. Dalam sebuah hadis sahih dari Abu Said al-Khudri r.a. (Ahmad, Muslim, ad-Darimi), Rasulullah melarang para sahabat mencatat hadis dan al-Quran di dalam satu lembaran. Dikhuatiri akan bercampur antara al-Quran dan hadis. Hal ini kerana bilangan kertas yang wujud pada zaman itu sangat terhad, sukar untuk diasingkan, al-Quran-hadis.

Rasulullah akan mengajarkan ayat satu persatu dan akan menerangkannya, supaya mudah untuk difahami, dihafaz dan diamalkan. Para sahabat mendengar akan mencatat ayat al-Quran dan keterangannya dalam satu kertas. Apabila diketahui Rasulullah, baginda melarang daripada melakukannya.

Kategori 2 : Abu Bakar dan Umar al-Khattab melarang menulis dan menyebarkan hadis. Semua hadis yang berkaitan dengan perbuatan Umar memenjara perawi hadis, Abu Bakar membakar buku hadis adalah berpangkat daif kerana mempunyai ‘illah dari segi sanadnya yang tidak bersambung.


Ada berlaku peristiwa kerika Umar mengutuskan Qurzhah bin Ka’ab dan beberapa orang Ansar dari Madinah ke Kufah dan beliau menerangkan bahawa mereka akan bertemu dengan orang yang masih keras(tidak lancar) membaca al-Quran. Umar memberi saranan agar menyampaian hadis dikurangkan bagi menumpukan kepada al-Quran terlebih dahulu. Bukan larangan atau perintah mutlak.[mengikut riwayat Ibnu Sa’ad, al-Hakin, Ibnu Abdil Barr, ad-Darimi (sahih dalam sunan Ibnu Majah)]

HUJAH DAN JAWAPAN (5)

Hadis dan sunnah hanya menjadi rujukan umat Islam setelah dipelopori oleh Imam Syafi’e kira-kira 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Sebelum itu, umat Islam hanya merujuk kepada al-Quran sahaja.

Fakta logik akal waras, terdapat 3 perkara:

1) Ketaatan kepada hadis dan sunnah wujud ketika masih di zaman kerasulan lagi. Sama ada sebelum atau selepas 200 tahun kewafatan, umat Islam berpegang kepada hadis bukan kerana Imam Syafi’e, tetapi kerana perintah Allah dalam al-Quran.

2) Dalam kitab al-Muwattho’(Imam Malik bin Anas) ada kisah para sahabat dan tabiin yang memperaktikkan sunnah. Intisari kitab ini telah diajar oleh Imam Malik sekitar tahun 120-130 hijrah (lengkap pada 150hijrah) Jelas, bukan Imam Syafi’e orang petama yang mempelopori ikutan kepada sunnah Rasulullah.

3) Sekiranya difikirkan, bagaimamana mungkin seorang imam bersama sebuah kitabnya berjaya mempengaruh dan menukar dasar agama dan rujukan ratusan ribu umat selama 200 tahun dari al-Quran sahaja kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah?

Tentu mustahil dengan peradaban dan tamadun ketika itu yang tidak mempunyai jaringan media moden, membolehkan untuk menyebarkan fikrah. Lebih-lebih lagi, tentunya ratusan ribu umat Islam pada ketika itu akan bangkit membantah dan menolak konsep al-Quran dan sunnah secara besar-besaran.

KESIMPULAN

Kaji terlebih dahulu sekiranya mendengar sesuatu pandangan yang menolak hadis. Dikhuatiri yang fahaman Orientalisme terserap kedalam sanubari. Nauzubillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!