TREE Top Walk, Sungai Sedim
Sedikit pembaharuan berlaku kepada style perkhemahan kami. Kali ini perkhemahan berlangsung di Sungai Sedim, tahun 2005. Sebut saja Sungai Sedim, semua orang sudah tahu yang sememangnya terkenal dengan Tree Top Walknya.
Tapi, kami bukan ke Tree Top Walknya. Kami ke kawasan yang berhampiran dengannya. Sungainya tetap Sungai Sedim.
NAIK PAJERO
Jalan nak masuk ke situ bersama barang-barang adalah dengan pajero, jeep. Wah...bestnya..
Almaklum, mana ada orang duk dalam jeep di tengah-tengah kota. Kalau ada cuma kuda yang nak dibawa ke sarkas.
Tapak perkhemahannya juga agak baik. Tanahnya yang sedikit berpasir memudahkan untuk kami memacak pancang khemah. Nak tercabut pun senang. Itulah sifat dunia. Ada pro dan kontranya.
Kali ini, perkhemahan berbeza sedikit kerana tempatnya yang sangat sesuai untuk bercamping. Agenda mendera kami tetap tak diubah. Serupa juga.
Masih segar di ingatan penulis, peristiwa pada hari kedua.
Apakah ia?
TERKESIMA DAN TERKEJUT!
Begini, tak lengkaplah perkhemahan andai tiada jungle tracking. Kan?
Tapi, kali ini kami kena lebih teruk.
Usia khemah yang belum pun mencecah 1 hari
Pagi-pagi lagi, kami diarahkan untuk meruntuhkan khemah.
"Hah? Buat apa?" semua kami bertanya sesama sendiri.
"Enti silap dengar kut?" ada sahabat ana yang hendak menenangkan hati menduga.
"Khemah mesti dirobohkan segera!" Ulang ketua guru pengiring dengan kasar memandangkan kami terkebil2 tidak percaya.
"Hah? tunggu apa lagi? Cepatlah roboh!" Arahan itu menyentapkan kami.
Ya, memang betul2 serius dah cikgu kali ini. Bukan main-main lagi.
Tanpa banyak bertanya, kami merobohkan saja. Masing-masing mencebikkan mulut ke arah cikgu yang mengarahkan kami berbuat demikian.
"Kita balik awal kut.." ada yang mula berjenaka.
"Tak mungkin.." balas orang yang mendengarnya.
Apabila khemah diruntuhkan, barang-barangnya mestilah dikeluarkan. Ya, tak?
Tiada perlindungan lagi kalau hujan. Basah kuyuplah barang kami.
"Berkumpul di sini bersama semua barang-barang!", arah muallim Budi.
Kami yang baru saja kena marah tadi mengikut sahaja perintah yang tak rasional itu.
Rupanya, kami perlu ber tracking dengan ke semua barang-barang yang kami ada ketika itu, termasuk khemah!
"Bawalah. Takkan nak tinggal. Nanti kena rampas pulak.", ketua kami memaklumkan setelah ada yang merungut.
Jalan yang kami lalui tak dapat dipastikan berapa kilometernya. Tapi memang lama. Dari pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Makan tengah hari kami di atas puncak bukit. Pacat beribu. Darah pula mengalir tak henti-henti.
Waspada...sentiasa menoleh ke lantai hutan supaya kaki bebas daripada PACAT!
Dalam perjalanan juga, kami berhenti disatu tempat. Tempat itu berbatu besar tanahnya. Nak pijak pun kadang-kadang boleh terseliuh kaki dibuatnya.
"Semua ketua kumpulan datang ke sini!", sekali lagi muallim Budi memberi arahan.
Muka ketua kumpulan kami berubah. Dari raut mukanya, dapat kami ramalkan sesuatu yang tak logik akan kena buat lagi.
Rupanya memang benar.
"Muallim suruh kita pasang khemah kat sini..", kata Maisarah, nadanya yang keletihan.
"Hah?! Biar benar?", kami semua mempersoalkan kesahihannya.
Ketua kami tunduk. Dia mengangguk. Tanpa berlengah, khemah pun dibuka dan dipasang di situ. Tak mampu lagi berperang dengan pacat.
Situ pacat, sini pacat. Sedar-sedar dah kena gigit.
Ketika membina khemah, hujan sebesar cawan seketul-seketul jatuh dari langit. Lebat sangatlah.
Selesai mendirikan khemah, kami cepat-cepat masuk ke dalam khemah untuk berteduh daripada hujan. Habis berlumpur khemah kami. Basah pulak tu. Ketika itu rasanya guru yang memberi arahan tadi sudah hilang daripada pandangan kami. Entah pula ke mana.
Apabila hujan sudah renyai-renyai, ketua kumpulan sekali lagi dipanggil.
Dan, sesuatu yang tak dijangka,bibir ketua kami mencebik;
"Kena peruntuh pulak....", keluh ketua kumpulan kami, kerana arahan itu menyakitkan.
Macam-macam sumpah-seranah yang diungkapkan bagi mereka yang dah hilang sabar. Tapi, pandai pula dijaga supaya tidak didengari oleh guru pengiring.
Dan, sebelum bertolak semula kembali ke khemah, kami di beri arahan lagi.
Ketika itu, seorang sahabat ana mengelak kakinya daripada dihinggap pacat yang panjang. Agaknya sepanjang ibu jari telunjuk.
"Amboi...pacat sekecik itu pun nak layan? Saya duk cakap kat sini buat tak tau...!", kata seorang guru pengiring yang mengeluarkan kata-kata kesat, sangat menyinggung perasaan kami juga, bagi pihak yang terkena tidak tahulah.
Sedang, ketika pacat itu sampai ke kakinya, menjerit terlompat bukan main lagi. Mengalahkan aksi kami. Setelah kejadian itu, hilang rasa hormat kami pada cikgu itu.
Akhirnya, perjalanan kami sampai ke penghujungnya. Tapi, kami dihalang oleh sebatang sungai dengan tempat perkhemahan kami. Untuk melaluinya, kami perlu menyeberang. Sungainya bukan setakat paras paha, bahkan paras dada lagi tuh. Alir sungainya deras. Sejuk.
Dan macam-macam lagi.
Satu perkara yang kami fikirkan ialah;
Barang-barang dan beg baju yang kami bawa bersama!
Bagaimana?
Memang basah. Ya, tiada yang terkecuali lagi.
Selesai menyeberang, semua perut kelaparan. Beg di buka untuk diambil roti. Malangnya, roti sudahpun menyerap air sungai.
Sedaaaaapp-Iktibar daripada negara yang kebuluran
Apa kami buat?
Perah saja, makan...!
Lapo beb...
Sedap gila roti cecah air sungai...ketika itu....(sahaja...hehe)
HIRASAH MALAM ITU
Pada malam itu, kami cepat-cepat bina semula khemah selepas tragedi 'kebuluran' sementara.
Tepat pukul 12.30 malam, jadual hirasah yang telah di atur kini tiba giliran penulis pula.
"Nawal, jom kita duduk di surau.", ajak penulis kepada sahabat yang turut berhirasah ketika itu.
"Jom."
Kami berjalan ke surau yang di sediakan di tapak perkhemahan itu. Ketika itu, penulis telah diserang sakit perut pula!
Bukan sakit yang biasa-biasa, tapi luar biasa punya...
Maka, setelah tiba masa orang lain pula berhirasah, penulis tidak mampu berjalan lagi.
Kami membuat keputusan untuk terus berada di situ, tanpa mengejutkan sahabat yang berada dalam khemah untuk menjalankan tugas hirasah diorang.
Sedar...tak sedar...
Kami tertidur! zzZZzzzzZZzz
TERLEPAS SUBUH
Tepat jam 4.30 pagi, kami bangun dan menyiapkan diri di tandas. Berdua saja.
Sebab, semua orang telah pun dikejutkan daripada tidur(banat saja).
Malangnya, semua tak bangun-bangun !
Keletihan agaknya...
Kami bersedia di dalam surau untuk bersolat tahajjud dan solat subuh.
Malangnya, tiada seorang pun yang datang ke situ sehinggalah pukul 6.30 pagi!
Termasuklah cikgu-cikgu pengiring kami...
"Jom kita solat dua orang ja lah..", sahabat saya memberi kata putus setelah kecewa menunggu berjam-jam lamanya kerana tiada sorang pun yang kunjung tiba.
Tanpa membuang masa lebih lama lgi, kami solat jemaah dua orang saja.
Usai bersolat, baru terdengar guru pengiring termasuk pengarah program sendri baru bangun tidur dan segera ke surau untuk menunaikan solat subuh.
Yang menghairankan kami, ketika itu langit sudah pun cerah. Kiranya satu kem solat subuh 'gajah' kecuali kami berdua.
Habis saja semua pesrta menunaikan solat subuh gajah, semua di panggil utk berkumpul.
"Memandangkan semua bangun subuh lambat, semua pumping SEKARANG!", arahan ketua pengarah yang turut bangun lambat tadi.
Udah lah sakit badan aktiviti semalam tak hilang lagi, hari ini tambah pulak!
Huh..kena denda pulak. Kita bangun awal, dia yang tak bangun!
Sekarang denda kita, dia tak buat!
Kami sebenarnya sudah kejutkan semua sahabat yang kami di kem itu. Malangnya tiada siapa yang bangun kerana keletihan. Iyalah, semalam sudah 2 kali runtuhkan khemah dan 1 kali untuk pasang semula. Tak termasuk dengan jungle tracking yang hampir separuh hari, kebuluran lagi!
Beginilah mimik muka kami (..analogi sja..) ketika hari pulang dari kem itu
Kalau bangun lambat dan solat subuh gajah sekalipun, peserta-peserta kebanyakkanya tak cukup umur lagi (tahap 2 sekolah rendah). Ertinya belum baligh lagi. Tak di pertanggungjawab sepenuhnya lagi. Tapi, guru pengarah takkan tak baligh lagi?
Patut ke guru pengarah buat begitu untuk kami yang ketika itu baru berumur 12 tahun?
Salam..itulah kejam betul cikgu tu..kalau kami dah lama belasah dia..he3
BalasPadamHurmm...sedih tak terkata ketika itu..
BalasPadam