Jalan bersimen di tapak perkhemahan di situ memberi keselesaan!
Hutan Lipur, Bukit Mertajam. Di langsungkan pada 2004.
Tempatnya agak selesa. Sebab tapak perkhemahan berturap cantik. Kedai makan pun ada. Tapi, kami sudah awal-awal lagi di beri amaran supaya tidak membeli disitu.
Nak makan, masak sendiri!
LURAH DENDAM
Aktiviti baru yang menarik di situ cumalah Abseiling...
Ketika abseiling, hujan pula datang menerpa tanpa dijemput
Ranger yang jaga kami pula pulun pujuk kami semua.
"Seronok buat benda ni. Sapa yang buat dulu pak cik bagi ulang dua kali."
Hah! Kata-kata tu bukan terpujuk, tapi lebih menakutkan! Sapa yang nak mula kena ulang lagi?!
"Pak cik dengar degup jantung ampa semua nih...awat yang takut sangat?"
Haha..seolah memahami..
Akhirnya ada juga heroin yang nak start...
Anis Azni rasanya..
PILIH BULU
Lebih banyak pengalaman pedih di sini. Tak usah diceritakan disini.
Dan, di sini juga kami kenal apa itu double-standard.
Ia secara tak langsung memberi persoalan kepada kami.
Kenapa guru boleh tidur di chalet, sedangkan kami kehujanan di dalam khemah?
Kenapa guru boleh makan sedap-sedap di gerai, sedangkan kami kena makan nasi mentah?
Memanglah nak kata, guru sepatutnya dapat semua tu. Guru mulia. Ya.
Tapi, langsung kami tak rasa ketika itu kerana apa yang kami dapat daripada mereka ketika itu cercaan, hinaan dan kemarahan...
Sedangkan kami ada yang dah demam kerana tak tahan dengan kesejukan, yang sakit perut dengan nasi tak masak?
Mereka kenyang, segar bugar lagi serta tak ikut serta kami punya jungle-tracking.
Kami dibawa oleh petugas hutan di situ sahaja tanpa pemantau daripada guru pengiring.
WAJARKAH?
Rasanya kalau telefon talian nur ketika itu sudah di tangkap gerangan2 ini. Kan?
DAN, apabila sudahpun keadaan manjadi sebegini, barulah ada tindakan belas kasihan daripada mereka. Nasib baik ada. Ingat kan tak ada dah. Barulah kami dibenarkan tidur di dalam binaan surau kecil(3mx4m) di situ yang memuatkan lebih 40 orang!
Mereka pula berdengkur di chalet mewah..
Tiba masa pulang, bas yang membawa banat pula rosak. Guru yang pada mulanya menaiki bas dengan kami meninggalkan kami dan menaiki bas banin serta berlalu pergi. Yang tinggal dengan banat kebanyakkan guru lelaki. Patut ke? Dah pulak tu sampai ke malam bas rosak dan tak mau jalan-jalan pun.
Bangunan serbaguna- Surau inilah kami berteduh sementara menunggu bas pulih dalam kegelapan dan tidur seramai 40 orang setelah hujan terlalu lebat yang mengakibatkan ramai tak sihat
HANYA TUHAN YANG TAHU
Kami biarkan saja. Semuanya ada dalam perkiraan Allah apabila difikirkan semula. Allahlah sebaik-baik penghukum. Kami tak layak.
Buktinya, mereka sendiri tak tahan dan berpindah ke sekolah lain selepas itu. Paling lama pun hanya 4 tahun di sekolah kami. Duk bersyadid dengan budak-budak pulak.
Selepas bertahun-tahun berlalu, barulah penulis sedar. Itulah pengalaman yang tak mungkin dikutip dalam masa akan datang di masa akan datang. Ia akan mematangkan lagi kehidupan kita di masa akan datang. Walaupun ketika itu di lihat tak logik di belasah sedemikian pada kanak-kanak.
Sesungguhnya pengalaman kesusahan akan memudahkan kita mendepani masa depan yang penuh pancaroba dan cabaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!