أين اللغة العربية في الحياة اليوم؟



Rajah yang di peroleh daripada pengajar (Ustaz Nasaruddin) di radio IKIM melalui emel.
Rancangan al-Furqan, hari Sabtu dan Ahad jam 6 pagi dan ulangannya pada 8 malam.

Penulis pernah di tanya,
"Macam mana ampa studi bahasa Arab a?"

Tak tahu nak jawab apa. Sebab orang yang menanya lebih arif pasal teknik belajar ni.
Belajar, apa subjek dan namanya sekalipun kena faham-hafal-guna...
Termasuk bahasa Arab juga.
Ini bahasa Arab cuma ada 4 masa dalam seminggu, bila balik rumah, cuti sekolah, bahasa arab hazaf entah ke mana dah.
Lagu pun tak habes-habes dengar mat toleh punya muzik.

 Di sini, ana bukanlah nak bagi tips belajar bahasa Arab sebab penulis sendiri belum betul-betul master dan masyi dalam bahasa Arab seperti Ustaz-ustaz yang mengajar bahasa Arab lulusan universiti terkemuka. Ana hanyalah seorang yang baru merangkak dalam dunia bahasa Arab dan baru saja mengenali sedikit ilmu mengenai bahasa Arab. Mungkin bandingannya sebutir pasir daripada keseluruhan pantai agaknya.

Bahasa Arab sangat penting.
Sebab?

Ianya adalah asas pegangan kepada AGAMA. Agama kita merujuk kepada al-Quran, dan al-Quran itu dalam bahasa Arab. Memanglah sudah ada kitab-kitab tafsir dsb, namun, kemukjizatan alQuran masih boleh di kaji dari masa ke semasa.

Sehingga sekarang, masih banyak ayat yang belum dapat di tafsirkan maksudnya.

Tapi, keadaan sekarang ini amat 'mencekik' sekali. Keperluan terhadap bahasa Inggeris mengatasi bahasa Arab. Kesannya, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan umat hari ini amat lemah. Kalau bahasa omputih tu...alahai..bukan main lagi....!

Maksud penulis, bukan tak boleh pandai bahasa omputih tu. Belajarlah kerana ilmu itu amat berguna selagi bukan ilmu yang tercela. Begini, orang yang boleh menguasai bahasa omputih dengan baik tentu lah orang yang ada potensi intelligentnya. Kenapa tak mau belajar bahasa Arab juga?

Tahu-tahu sekarang rupanya itulah yang di mahukan oleh golongan kafir laknatullah.
Apa hajat mereka ya?
Orang-orang kafir ni nak putuskan anak-anak umat Islam kini daripada akar umbi agama. Paling mudah, jahilkan kita tentang pemahaman bahasa Arab!

Cuba perhatikan video di bawah dan ambil pengajaran daripadanya...selamat maju jaya!
Bahasa Inggeris tak salah ya. Kalau isi bermanfaat, apa salahnya kalau di ambil manfaat daripadanya?..(jgn pertikai pulak pasal bhsa pada video ni)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!