Sapa Kuat, Dia Yang Survive..

Burung Gembala Kerbau
Burung berparuh kuning berbadan coklat ni selalu menjadi tarikan di rumah saya. Bunyi kicauannya yang kadangkala menghiburkan, ada juga yang membingitkan.

Apa yang istimewa burung ini?
LINDUNGAN BIOLOGI

Habitat asal burung ini adalah di sawah padi. Dan, burung ini akan berada di belakang kerbau yang membajak sawah. Sebab itu lah ia di beri nama 'gembala kerbau'.

Rumah saya bukan tepi sawah padi. Dan juga jauh daripada kampung yang kaya dengan khazanah tumbuhan. Tetapi, burung ni kerap kali datang menyinggah kat depan tingkap untuk meminta diberi makan.

Sebab apa?

Kerana rumah saya dibina di atas tapak sawah padi. Habitat asal mereka telah tiada. Sawah bertukar menjadi taman perumahan secara besar-besaran.

Kadang-kadang terhibur dengan gelagat  burung ni. Macam-macam bunyi dia boleh buat. Kalau tidur petang, celik mata sudah terdengar suara burung yang sungguh kuat bagai jam loceng yang tak mahu bagi orang tidur petang.

Ke mana saja pasti berpasang

Burung ini saya selalu beri makan nasi, beras ataupun roti yang dekat nak expired. Kalau musim hujan pula, burung tak dapat nak buat bising bagi orang serabut supaya dapat makan. Jadi, dia cari makan kat dalam pasu yang mak tanam cili kecil.

Ada orang panggil 'lada tahik burung'.

Kadang-kadang, burung ni tolong habiskan ulat gonggok yang ada dalam pasu di tepi tangga. Pelik juga, waktu tanam dalam pasu, tanah memang dibeli dan bebas daripada ulat gonggok. Tapi, sejak burung bertenggek dalam pasu tu, tanah jadi subur sebab sentiasa digembur oleh agen penggembur yang setia, si ulat gonggok.

Boleh di katakan 3 kali sehari burung ni diberi makan. Macam burung belaan-lah kiranya.
Hah, satu lagi, burung ni hidup berpasangan. Ke mana saja dia akan datang berdua. Sorang (eh..seekor la) tunggu kat tingkap untuk buat bunyi bising, dan seekor lagi tunggu kat bawah untuk bersedia diberi makan.

PERTAHANAN ZURIAT

Rasanya sekor betina dan sekor lagi jantan sebab salah satu burung tu besar sikit dan agak menggerunkan mata dia. Yang kecil mata dia sangat-sangat comel.

Suatu hari, burung ni datang bertiga. Bersama anak burung. Kecil lagi. Jalan pun tak berapa nak stabil lagi. Terbang apatah lagi. Bunyi pun masih telo.

Yang ketaranya, anak burung tak reti nak patuk dan makan sendiri. Mak atau bapa dia yang suapkan ke mulut dia.

Terhibur bila tengok burung bahagia macam tu.

Tak lama lepas tu, datang sepasang burung jenis yang sama ke kawasan rumah saya. Burung jenis ni ada kawasan yang tersendiri. Kira macam jajahan takluk dialah. Spesies yang sama takleh ceroboh masuk tanpa berlawan terlebih dahulu.

Haiwan pun, sayang anaknya.


PERSAINGAN ITU SUNNATULLAH

Maka, kedua-dua pasang burung ni bergaduh. Seram penulis tengok semasa mereka bertarung.
Sengit sangat. Burung yang selalu di beri makan ni dah berdarah-darah teruk. Jadi dia segera beredar untuk keselamatan nyawa.

Kini, burung penjajah tu sudah beranak-pinak di sekitar rumah saya. Burung ni tak boleh mewah macam burung dulu dah. Sebab ni penjajah punya burung. Sedih betul.

Nampak tak apa yang tersirat di sebalik kisah hidup burung ni?

Burung pejajah biasanya daya tahan dia lebih tinggi dan akan kuat untuk mendapat kawasan. Yang kuat akan terus hidup dan yang lemah akan kehilangan tempat tinggal ataupun mati saja dan akhirnya pupus.Yang terus survive adalah yang kuat saja.

BERFIKIRLAH TANDA-TANDA INI

Begitulah manusia juga. Manusia yang ber 'IQ', 'SQ' dan 'EQ' tinggi akan lebih mendominasi ataupun menguasai kumpulannya. Hidup terlalu bermewah akan mengurangkan daya tahan seseorang. Sebab itulah Islam menyuruh umatnya berpuasa. Sekurang-kurangnya 30 hari pada bulan Ramadhan.

Supaya umat Islam mempunyai daya tahan yang kuat.

Tapi, tak jadilah puasa kalau di akhir berbuka pula baham makanan cukup-cukup, macam ular tedung selar yang baru jumpa makanan.

Hampeh la!

Manusia bukan macam binatang, cukup kuat fizikal dan boleh hidup lama serta menguasai kawasan. Manusia perlu ada kekuatan rohani, kekuatan dalaman.

Macam mana nak bagi kuat rohani?
Kenalah bagi makan kepada jiwa rohani kita jugak.
Caranya melakukan ibadah khusus mahupun umum, janji diikhlaskan niat kerana Allah. Dan satu lagi, caranya mesti menepati hukum syaraklah.

Tapi, tak adillah kalau Allah telah takdirkan seseorang itu lemah, ataupun kena usaha lebih daripada orang lain. Betul ke Allah tak adil?

ALLAH AL-'ADLU

Hish...takkanlah Allah tak adil. Orang yang usaha sikit ja dan boleh berjaya terus, tentu mudah untuk kufur nikmat. Iyalah, mudah-mudah ja dah dapat apa yang nak. Tak payah susah-susah bangun tahajud minta pertolongan Allah, merintih-rintih. Kan senang tu?

Orang yang lemah apabila dia bersungguh-sungguh meminta pertolongan Allah, setelah mendapat pastinya dia akan sujud penuh kesyukuran. Sangat-sangat bersyukur, kan?

Dan, bila xdapat pulak...maka doa-doa akan terus dipanjatkan kepada Allah. Pahala dia mengharap kepada Allah tentunya lagi banyak bila lama dia nak dapat sesuatu yang di doakan.
Kalau tengok dari sudut ni plak, macam orang lemah pula yang untung, kan?

Begitulah hidup kita manusia.

Burung tu mula-mula dia hidup aman damai, tanpa sebarang gangguan. Dan akhirnya diusir oleh burung penjajah akibat kelemahan burung tu sendiri kerana tak dapat nak kalahkan penjajah. Dia tak boleh nak kalahkan penjajah sebab tak cukup kekuatan dan persediaan fizikal yang mencukupi.

Kalau manusia ilmulah, kan...kan?

Manusia pun begitu. Lumrah kehidupan. Oleh itu, kita perlu beringat bahawa hidup kita tak selamanya bahagia dan juga tak selamanya derita. Kalau kita tak berhati-hati dan tak bersedia menghadapi musuh, maka episod derita akan menyusul. Alaaa..ada orang kata, malaysia masih aman damai. Nak takut apa?

Tu lah yang manusia masih berhibur berlebihan, sampai lupa kepada tujuan hidup sendiri.
Yang tahu cuma seronok, seronok dan tak habis-habislah... Allah tak kata pun 'sesungguhnya manusia dijadikan untuk berseronok-seronok saja'..ada ke?

Kalau bukan kat dunia pun, akhirat pasti tak akan terlepas. Jadi, macam-macam mana pun, kita perlu bersedia dengan bekalan untuk hari yang terkemudian. Kat dunia ni pun kena sediakan, kat akhirat apatah lagi.

*Burung ni buat penulis banyak berfikir tentang hikmah dan 'majaz' yang terdapat pada cara hidupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!