Penulis ingin mengimbas kembali satu kisah yang selalu kita dengar, agaknya.
Segalanya ada pencipta!
Alkisahnya seorang Ulama' (Nama Imam Abu Hanifah kut, tak pasti--dah lupa baca buku mana satu) di panggil untuk berbincang dengan golongan Ateis yang tidak percaya dengan kewujudan tuhan.
Pada hari yang dijanjikan, si Imam tadi datang lewat ke tempat perjumpaan yang telah dijanjikan. Golongan ateis yang sudah lama menunggu bertanya kepada si Imam, mengapakah beliau hadir ke situ lewat.
Maka, si Imam tadi menjawab,
"Dalam perjalanan tadi, aku tersekat di sebatang sungai. Tiba-tiba ada sebuah pokok di seberang sungai terjadi perahu dengan sendiri dan barulah aku selamat menyeberanginya".
Orang-orang Ateis tadi sangat marah kepada si Imam kerana diperbodohkan.
"Mana mungkin perahu terjadi sendiri tanpa ada yang membuatnya?"
Dengan itu, mudahlah si Imam tadi menceritakan bukti wujudnya tuhan, ALLAH yang maha esa.
"Dan, mengapa pula kamu berkata alam yang indah dan unik ini tiada pencipta? Sedangkan perahu yang kecil itu pun mustahil terjadi dengan sendirinya?"
Itulah umpamanya orang tak mengaku bertuhan. Orang BODOH.
Pernah penulis terbaca sebuah buku (tak ingat tajuk dah!-Rasanya buku tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz) menyatakan bahawa asal golongan Atheis adalah orang yang cerdik-pandai.
Begini, apabila kita singkap kembali sejarah dahulu kala, kuasa gereja di negara tertentu (tak ingat jugak negara apa tah) sangat berpengaruh dan mengatasi segalanya.
Agama gereja ketika itu ialah Roman Katolik.
Kitab suci mereka di karang oleh tangan-tangan manusia sendiri. Termasuklah ada yang menceritakan maklumat alam semesta yang tak kena dengan kajian saintifik.
Contohnya seperti pusat sistem suria adalah bumi.
Saintis barat seperti Galileo Galilei memberontak dan menyatakan bahawa Matahari adalah pusat sebenarnya, bukan bumi seperti yang telah di buktikan oleh kajian saintifik.
Golongan saintis barat memberontak dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi tertakluk di bawah kuasa veto gereja Katolik.
Mereka merajuk!
Dengan mudah kata, mereka isytihar diri mereka sebagai Ateis supaya tidak lagi terikat dengan agama Kristian...
Sejak daripada itulah adanya orang-orang berfahaman Ateis ni.
Setelah kedatangan agama Islam, kitab al-Quran banyak yang bertepatan dengan segala kajian sains. Ramai di antara pengkaji barat menyatakan keislaman mereka.
Dan sekarang, wajarkah orang-orang yang berfikiran Ateis kerana sudah ada agama yang benar?
Fitrah bertuhan itu naluri semulajadi dalam diri manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!