Realiti kehidupan beragama (3)-Bhgn Akhir

 Tembok Besar China

Suatu hari, setelah berkenalan ringkas, penulis bertanya kepada seorang warganegara China;

"What is your religion?", ringkas.

"Haha. This is hard question to answer!", balas perempuan yang berumur 22 tahun itu.


"It's okay...just tell me", penulis meyakinkan dia bahawa tiada apa-apa niat.

"I'm may be buddhist or may be not.", jawapan yang sempoi..

"It can be "may"?", penulis menduga.

"Most of chinese are buddist or Taolism. I'm sorry for "may".", jawabnya dengan jujur.

Perbualan ringkas di atas dapat penulis simpulkan beberapa perkara. Yang paling jelas dan utama adalah kejahilan manusia tentang agama yang di anutinya sendiri. Mereka memilih jalan mudah, meninggalkan apa saja ajaran agama yang di anggap beban bagi mereka.

Pilih yang mudah, tinggal yang susah...mudah saja sifirnya!

Sebagai korepsi buat penulis sendiri dan pembaca sekalian, ingatlah bahawa anugerah hidayah adalah milik ALLAH secara mutlak.
ALLAH berfirman;

إِنَّكَ لَا تَہۡدِى مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَہۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ 
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya)..." (Al-Qasas ayat 56)


Maka, bagi sesiapa yang dipilih oleh ALLAH untuk menerima hidayah, tidak lain lagi perlulah bersyukur!

Jadi, kita perlu menjaga hidayah ALLAH ini dengan menambahkan ilmu. Cara menambah ilmu berkesan ialah menjauhi maksiat...kerana Imam Syafie pernah berkata;

الَعِلمُ نُورٌ وَنُورُاللَهِ لَا يُهدَى لِلعَاصِي
"Ilmu itu cahaya dan cahaya ALLAH tidak akan di kurniakan kepada orang yang melakukan maksiat".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!