Cerpen Sempena Hari Guru


       Pagi itu, aku memulakan sesi pertama persekolahan. Sungguh, kehadiran para pelajar baru menambahkan keceriaan kelas, meskipun aku tidak ditemani ibu bapa. Kadang-kadang, aku berasa cemburu melihat rakan sedarjah berpimpinan tangan dengan ibu bapa masing-masing ketika tiba waktu rehat. Redha.

       Mungkinkah kanak-kanak berusia setahun jagung seperti aku mampu memahami perkataan keramat itu? Entahlah, aku tidak pasti perasaan ketika itu. Bercampur baur antara sedih, dahagakan perhatian dan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

       Aku kesepian. Tiada tempat yang boleh mencurahkan kasih sayang kepada aku. Aku tiada sesiapa dalam hidup kerana ayah dan ibu sudah lama menemui ilahi buat selama-lamanya. Tidur mereka lena sekali, bahkan tidak akan celik semula.

       Syukur, aku masih ada tempat menumpang kasih di rumah anak-anak yang senasib dengan ku. Mujur sekali. Meskipun baru berusia tujuh tahun, aku seolah-olah memahami kehidupan dunia yang penuh dengan diskriminasi terhadap golongan yang lemah, tidak berilmu apatah lagi. Aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh, nekad.

       Hari berikutnya, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Serngkali aku menjadi perhatian guru yang masuk ke kelas kami.

       "Keluarkan semua buku teks, cikgu nak kira jumlah keseluruhannya!" arah guru dengan nada yang tegas, serius, seolah menyimpan satu dendam yang mendalam.

       Berkaca mataku setelah mendapati buku aku tidak mencukupi bilangannya, entah kema menghilang bakinya. Guru yang terkenal dengan taringnya itu segera menyambar anak mata aku yang keresahan. Pantas, aku dimarahi tanpa disoalsiasat terlebih dahulu. Kejam.

       Kanak-kanak lemah seperti aku dimaki hamun dan dirotan sewenang-wenangnya. Tidak puas lagi, aku diarahkan supaya berdiri sehingga tamat waktu persekolahan. Ya Tuhanku!

       Patellaku seakan-akan mahu menjerit kesakitan. Pedih, pedih di kaki tidak mengapa. Ianya boleh sembuh. Namun, luka yang berbekas di hati akan kekal selamanya, tiada siapa tahu.

* * * * * *

       Tahun berganti tahun. Kini aku sudah berada di tahun akhir persekolahan di peringkat rendah. Segunung ilmu aku berjaya kuasai dengan mudah. Barangkali berkat doa ibu ayah ketika hayat mereka, segalanya-galanya mudah bagiku. Namun begitu, ada benarnya sepatah ayat daripada al-Quran yang berbunyi, "bersama-sama senang itu adalah kesusahan". Benar. Setelah ku perhatikan, Bahasa Inggeris menjadi masalah aku kerana itulah yang akan memberikan warna merah dalam slip keputusan peperiksaan sejak aku di darjah satu lagi.

* * * * * *

       Gerun. Aku tidak berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru bahasa Inggeris. Bukan aku sengaja meninggalkan kewajipan itu, tetapi hanya beberapa patah darinya sahaja, langsung tidak aku fahami. Kali ini, aku tidak terlepas daripada menjadi mangsa kemarahannya. Sesekali, tanganku dihinggapi rotan tanpa belas kasihan. Tanpa bertanyakan alasan, aku terus dicemuh dan dimalukan kepada kelas, seadng rakan sedarjah menjadi penonton setia.

       "Siapkan latihan kamu. Saya nak tengok esok hari sudah lengkap kesemuanya, faham?" nada seorang guru menyinggah digegendang telingaku dan ditafsirkan melalui koklea yang menghantar maklumat dalam bentuk cecair.

       Malam itu, aku dilema. Apa mahu buat? Nak hentam saja jawapannya aku langsung tidak dapat melakukannya. Mindaku aktif merembeskan sel neuron untuk menghasilkan idea-idea yang kreatif untuk menangani masalh ini. Selasai.
Jalannya mudah, salin saja jawapan dari buku yabg dipinjam. Habis cerita. Cepat, padat dan mutakhir.

       Aku tersenyum pahit. Apabila buku itu aku semak, aku dapati tidak pernah sekalipun buku itu bertanda dengan pen merah, bermakna aku tidak pernah menyerahkan kepada guru.

       Tentu hal ini akan menyimbah api kemarahanya dengan minyak tanah, kalau dia menyedari. Antara perasaan takut dan rasa bersalah, aku tekad mengambil keputusan menanda sendiri dengan pen merah. Maafkan aku cikgu. Pun begitu, peniruan tandatangan tidak begitu menjadi. Maklumlah, bukan pembohong profesional. Aku melepaskan nafas tanda lega.

      Tiba hari yang dijanjikan, buku latihan Bahasa Inggeris mula dikumpulkan oleh ketua kelas. Kemudian, dia menyerahkannya kepada guru. Guru mula menyemak buku para pelajar setelah selesai memberikan tugasan kepada kami. Satu persatu nama rakan sekelas disebut untuk mendenar ulasan tentang prestasi.

       Tiba giliranku, jantung mula berdebar-debar akibat menerima hormon adrenaline yang mula merangsang organ itru berdegup dengan lebih kencang. Hatiku bersimpang siur, bibirku pucat tiba-tiba. Aku berjkelip mata laju, elak daripada tumpah air yang berharga. Dengan menarik nafas dalam-dalam, aku menguatkan diri melangkah kaki sambil bersedia dengan sebarng kemungkinan yang akan berlaku. Seperti yang ku jangka, perbuatan nakalku itu akhirnya berjaya dihidu olehnya. Aku dimarahi.

       Tetapi anginnya bertambah menggila, seolah-olah tiada harapn untuk reda. Mataku berkaca-kaca. Tidak dapat lagi aku menahnnya. Aku bukan sengaja menyakitinya, tetapi itulah jalan yang mampu aku lakukan untuk melepaskan diri daripada terus dicerca, dihina dan diherdik.

       "Siapa yang tandakan buku ini?" Aku diam membatu.

       "Awak tanda sendiri?"

      Aku menelan bungkam. Kali ini, mataku tidak berkaca lagi, tetapi megalir air jernih ketakutan sederas-derasnya.

* * * * * *

       Cikgu, cikgu tak faham bahwa anak muridmu ini siang malam berusaha keras bersengkang mata demi memperbaiki prestasi akemdemik, terutamanya Bahasa Inggeris. Aku perlukan sokongan dan dorongan. Bukan kejian dan caci maki. Aku sedar, hati manusia dipegang oleh yang Maha Esa. Malam itu juga, aku bangun bertahajud menyempurnkana tugas diriku sebagai seorang hamba yang hina.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu sebaik-baik takdir, sekiranya hal itu baik bagiku, maka berikanlah kekuatan untukku menghadapinya. Sekiranya mudharat mengatasi fadilatnya, kau jauhilah aku dari perkara itu.
       Aku tahu, bukan aku seorang yang menjadi magsa panas barannya itu. Ramai lagi yang terkena bahangnya. Setelah itu, Guru BEsar sudah dapat menghidu kejadian ini. Menyedari hal ini, cikgu tersebut serta merta dilucutkan jawatannya dan diarahkan berpindah ke sekolah lain.
Tersentak guru itu. Entah mengapa dia diperlakukan sedemiakin rupa, namun dia pasti sudah tentu ada sebabnya. Ada hikmah yang tersembunyi.
Mendengar khabar itu, aku beras gembira. Mahu sja diangkat bendera menyayikan  lagu kemerdekaan. Seronoknya ras dihati, bukan main kepalang lagi.

       Hari ini merupakan hari terakhir guru bengis itu berada disekolah. Setelah selesai mengajar, dia mengarahkan aku supaya berjumpa dengannya di bili ruru. Dengan penuh tanda tanya, aku gagahkan juga lengkah untuk menurut perintah, mungkin kali terakhir, getus hatiku yang tidak keruan ketika itu.

       Setibanya di bilik, dia segara menghadiahkan aku sebuah kerangka rancangan dan tindakan untuk memantapkan Bahasa Inggeris kepada ku. Buku setebal lima inci itu dikarangnya sendiri untuk tatapan dan rujukanku dimasa hadapan. Aku terkedu. Tanpa disedari, air mata mula membasahi pipi.

       "Cikgu minta maaf banyak kerana selalu berksar bahasa dengan kamu", merah matanya tatkala mengukir ibtisam yang penuh harapan.

       Aku diam membatu.

       "Maafkanlah, saya tidak sengaja bersikap panas baran. Kadang-kadang masalah keluarga dan kesiahtan diri sangat menekan perasaan saya."

       Fahamlah aku bahawa dia benar-benar kesal kerana mudah naik berang. Aku terkejut dengan pengakuannya. Cikgu sakitkah?

       "Cikgu menghidapi penyakit apa?" tanyaku setelah mengelap air jernih dikelopak mata.

       "Itu tak perlu kamu tahu. Yang penting pelajaran kamu. Belajar rajin-rajin. Saya menunggu kejayaan kamu. Kalau tidak di dunia di sana," balasnya ringkas, lembut dan menampakkan naluri keibuan yang cuba menyembunyikan sesuatu.

       Kelu lidah. Entah mengapa aku begitu rasa bersalah menghadapi situasi yang berlaku sebentar tadi. Tiada peristiwa ganjil berlaku, hanya biasa-biasa. Iya, pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Peristiwa itu mungkin sesuatu yang biasa bagi pelajar lain, namun tidak bagiku. Ianya emnyimpan seribu satu makna yang penuh syahdu. Mengapa pula? Bukankah aku gembira dengan berita perlucutannya itu?

       Aku  mula membaca nota yang diselitkan didalam buku itu setelah pulang ke rumah.
Sayang anak muridku,
Cikgu sebenarnya berusaha mencarikan kamu sesuatuyang dapat membentu untuk mencapai kecemerlangan. Cikgu selalu booking appointment dengan seorang pakar psikologi untuk mencar jalan terbaik membantumu. Cikgu sedar, kamu bukan pelajar yang malas dan tidak pintar, tetapi hanya subjekBahasa Inggeris kamu lemah. Cikgu tahu, manusia tidak lari dan tidak sunyi daripada kelemahan. Cikgu sekarang ini menghadapai Angina yang melibatkan salur darah dibahgian jantung sejak kemalangan dulu membuatkan cikgu tidak layak lagi untuk mengajar. Cikgu kemalangan ketika dalam perjalanan hendak berjumpa pakar psikologi untuk mendapatkan pandangan daripadanya bagaimana kaedah untuk memahami kanak-kanak seperti kamu. Cikgu sebenarnya tidak mahu menceritakan hal ini kereana cikgu ikhlas. Tetapi, terpaksa juga supaya kamu faham mengapa cikgu terpaksa 'bermusuhan' dengan kamu didalam kelas.
Salam sayang,
Cikgu Balqis.

       Rebah aku dilantai setelah membacanya. Ah, mulianya hatimu, cikgu. Tak tersangka begitu hakikat sebenarnya. Namun segalanya sudah berlalu.
Setelah beberapa minggu ketiadaanya, aku mendengar dia terpaksa ke luar negara untuk menjalani pemebdahan pintasan jantung. Cikgu sudah lama menghidap penyakit kronik itu kerana pengorbanannya terhadap aku. Aku saja yang tidak sedar.

Ampuni anak muridmu, cikgu.
Terima kasih, cikgu.

*Punyalah penat tulis. Tetiba cikgu BM tak kutip karangan ni. Jadi, aku ambik keputusan tulis kat blog sajalah..

1 ulasan:

  1. boleh copy tak...buat anta keje skolah....ingat nak ubah...BOLEH?:)

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!