Macam Kejutkan Orang Tengah Tidur

 Orang yang melakukan dosa lalai seperti orang yang sedang tidur
"Boleh mintak tolong? Bubuh ayat qur'an 30 juzuk dalam mp3 aku..," ucap seorang rakan.

"Mestilah boleh. InsyaAllah," saya memberi jawapan positif.

Mp3 dibawa ke sekolah dengan tujuan baik. Saya menyetujuinya.

"Hang jangan buang lagu dalam tu tau!" katanya kepada saya.

Pesanan terakhir itu membuatkan saya terkilan. Mana mungkin al-Qur'an dicampur ke dalam kegelapan?

TUJUAN

Rakan sekelas saya itu meminta untuk diletakkan ayat al-Qur'an dalam pembaca mp3nya itu untuk memudahkan penghafalannya bagi surah-surah tertentu untuk diperdengarkan kepada ustaz bagi meloloskan diri dalam ujian lisan akademik.

Menghafal tanpa memahami makna dan tuntutan ayat berkenaan. Tujuan jauh menyimpang daripada niat asal, iaitu beribadah kepada Allah.
Itulah yang menjadi punca betapa susah dan liat sekali untuk menghafal ayat-ayat Allah.

Masih segar di ingatan saya ketika perhimpunan rasmi di sekolah dulu kala,

"Kita lakukan sesuatu semuanya untuk agama Allah. Kerana Allah. Belajar untuk menegakkan Islam di muka bumi. InsyaAllah, semua akan jadi mudah. Allah akan tolong kita dalam apa jua keadaan!"


Bangunan Al-Islah 1 tingkat

Benar.

Saya amat rasakan perubahan suasana yang sangat drastik. Pertembungan budaya menyebabkan saya terduduk seketika. Kadang-kadang tidak dapat lari daripada dipengaruhi. Ketika teringat, saya segera beristighfar.

Apa maksud saya perubahan drastik dalam suasana ini?

Begini, ketika saya tingkatan 3, saya masih ingat segala pesan daripada muallimah Ainon selaku naqibah saya, "lakukan dalam PMR yang terbaik, kerana Allah, kerana Islam."

Kini, saya sering mendengar desakan guru-guru mengajar berkata, "Tolong buat yang terbaik, belajar sungguh-sungguh untuk nama sekolah, cikgu yang mengajar, mak bapak, diri sendiri dan untuk dapatkan biasiswa JPA!"

Sedikit sekular, tidak keterlaluan rasanya untuk saya kategorikannya.

Itulah yang saya maksudkan, mengambil agama hanya sekadar 'cukup syarat' semata. Intipati pelajaran PQS dan Syariah jarang dihayati.

MACAM KEJUTKAN ORANG TENGAH TIDUR

Begini, si A sedang tidur nyeyak di sebuah rumah Bunglownya. Tiba-tiba kebakaran telah berlaku kerana kebocoran gas. Rakan serumah, si B menyedari akan hal itu segera mengejutkan si A untuk keluar dari rumah itu. Namun, si A tidak mengendahkannya kerana masih 'mamai' dalam lenanya.

Si B pula menyedari akan bahaya yang akan menimpa rakan serumahnya, dia berasa bertanggungjawab menyedarkan rakannya supaya tidak terperangkap.

Si A bukan saja tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh si B, bahkan memarahi si A kerana mengganggunya untuk tidur!

Begitulah umpamanya. Orang yang sedang melakukan maksiat terhadap Allah tidak sedar bahawa bahaya akan menimpa dirinya. Seperti si A tadi.

Apabila datang peringatan yang dibawa oleh si B, dia masih buat tak tahu dan akhirnya memarahi pula. Begitulah sikap orang-orang kafir dan munafik pada zaman Rasulullah SAW dahulu :

".....tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka."

(Surah Al-Mulk, ayat 8-10)

Menurut Ibnu Qayyim Jauzi, beliau berkata, orang yang munafik itu melihat dosa seperti lalat yang lalu di hadapan mata sahaja. Manakala orang yang beriman melihat dosa seolah-olah bahaya gunung besar yang akan menimpa dirinya.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengabaikan dosa terhadap Allah, meskipun dosa kecil kerana dosa kecil menjadi besar apabila diperkecil-kecilkan.


CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Ketika hangat berbincang mengenai politik, ada saja yang kecam dengan tindakan kerajaan yang kononnya tak islamik, itu dan ini.

Mengutuk mengapa kerajaan membenarkan artis buat begitu dan media siarkan begini. Pelbagai lagi lontaran daripada mindanya.

Saya menyokong apa yang dikatakannya itu, tetapi mengapa lain cakap, buat lain?

Mengutuk artis itu berpakaian porno, tetapi dialah juara berebut surat khabar untuk melihat bahagian kotor itu. Dia yang menyatakan ketidakpuasan hati tentang ketidakseimbangan dalam rancangan televisyen yang banyak berunsurkan hiburan, tetapi dialah yang menjadi peminat setia pendengar lagu-lagu syaitan itu.

Bukan seorang sahaja kes begini. Tapi ramai.
Hayatilah firman Allah SWT ini :

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

(Surah As-Saff, ayat 2-3)

MENCEGAH DGN HATI SELEMAH-LEMAH IMAN


"Kenapa perlu dengar lagu-lagu yang tak berfaedah tu?" saya mengomel setelah rimas di beri amaran berulang kali supaya tidak dideletekan lagu dalam mp3nya itu.

"Bukanlaa. Hang tau dak, bila aku dengaq lagu tu, aku rasa tenang," dia memberi jawapan yang menyimbah api kemarahan saya.

Bukankah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang?

"La.dengar ayat quran kan lebih tenang, kalau kami, dengar lagu bertambah-tambah serabut da!!!" saya berhujah.

"Tu hang. Aku lain," dia cuba berdalih memandangkan tidak dapat mematahkan hujah saya.


Akhirnya saya diam untuk mengelakkan berlakunya pertengkaran yang lebih parah. Itulah saya, betapa lemahnya iman, demi persahabatan saya mengalah.

Memang kecewa, sedih dan dilema sekali.

Walau apa sekalipun, saya tetap bencikan perbuatannya yang suka menjadikan lagu-lagu sebagai penawar dikala sukar. Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadanya.

Petunjuk dan hidayah bukan saja diperlukan untuk orang bukan Islam, tetapi juga orang Islam agar tali layang-layang tidak terputus dek kerana melakukan banyak dosa.

Hidayah perlu diusahakan, bukan tunggu datang bergolek depan muka!

5 ulasan:

  1. Ahaaa..

    Good job! Teruskan usaha perjuangan menyeru manusia dengan mata pena (keyboard kot?).

    Yang penting, tulis kerana benar-benar sedar tanggungjawab menyampaikan Islam..

    BalasPadam
  2. I/Allah...

    (++dgn nk lpas perasaan jugak) hehe:)

    BalasPadam
  3. emm asiah..klu dh jd camni mcm mana ek..berat hati tgk kawan bt dosa,kita sedar & dia pn sedar itu salah,tp kita xckp apa..=(

    BalasPadam
  4. kita cuba igtkn balik lah, kan? nafsu ni macam budak-budak kecik yg tak cukup akal.-Dr HAMKA.

    Jadi, kena pujuk, igatkan perlahan-perlahan...w/pun bnda tu mmg dh diketahui salahnya...cakap kias2, sindir sikit2...nnt tersedarlah. Tpi kalau terus ja me'lazer' maka org tu xkn buleh terima. Macam kanak-kanak jugak...

    dgn harapan waktu kita lalai pulak, org lain akan igatkn kita dgn cara hikmah.

    BalasPadam
  5. salam..blog anda ini sgt bgos..mnyedarkan yang terleka..moga anda sentiasa berada dlam rahmat Allah.

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!