Masjid Wakaf Bharu di hadapan pagar rumah Atok, hanya jalan raya memisahkannya |
Kesihatan emak yang tidak mengizinkan untuk beliau bermusafir bersama menyebabkan kami, 6 beradik perlu berpecah. Ada yang balik Kelantan bersama ayah, ada yang kena tinggal di rumah bersama mak. Pada awalnya, saya tidak berhajat untuk bermusafir ke negeri Tok Guru itu kerana memikirkan peperiksaan percubaan SPM selepas tamatnya cuti persekolahan nanti.
Namun memandangkan hanya setahun sekali saya berpeluang untuk berjumpa saudara mara yang ada tidak pernah berjumpa seumur hidup, saya membulatkan tekad untuk menyertai misi perjalanan yang memakan masa kira-kira 6-7 jam perjalanan ke Wakaf Bharu, Kelantan Darul Naim.
SELAMAT TIBA
(1 Syawal 1431)
Alhamdulillah. Tiada tragedi atau kemalangan yang tidak diingini. Semuanya berjalan lancar, ibarat derasnya air terjun mengalir selepas hujan. Kami tiba di Wakaf Bharu dan disambut oleh Atok, Tok We, Umi dan Cik Su. Sepanjang perjalanan tadi, kami langsung tidak berhenti di R & R. Perjalanan yang bermula pada jam 11.30 pagi di pagi lebaran kami tamatkan pada pukul 5.00 petang.
Perjalanan tanpa henti |
Kak Yah sibuk membalas mesej kepada kawan-kawannya di dasar lautan |
Sulhafat yang dibela oleh Atuk sejak berabad lamanya |
BERMULANYA ALKISAH
(1 Syawal 1431)
Sebuah kereta melanggar dua batang tiang sekali gus. Sudah dapat bayang, betapa lajunya halaju yang digunakan sebelum tragedi itu. Alhamdulillah, tiada sebarang kemalangan jiwa. Tiada juga manusia yang dikenali di dalam kenderaan itu.
Malang tidak berbau |
"Dah takdir dio nok accident ssini," tambah Tok We.
Dugaan buat saya tidak bermula lagi pada hari itu. Hanya bermula selepas mentari menghilangkan dirinya. Sedang enak menikmati hawa dingin sambil membuat latihat Matematik di atas katil, tiba-tiba lampu terpadam.
Bermusafir sepanjang hari memang ada penatnya. Ada lelahnya. Dan malam, sepatutnya berehat. Tiada elektrik tidak menjadi masalah. Namun, nyamuk yang datang berbondong-bondong merempit ditelinga dan mencucuk salur darah menduga kesabaran. Saya yang biasanya tidur pada awal malam, kira-kira jam 9.30 malam, hampir terlena sebelum blackout. Tapi, kembali berjaga setelah banyaknya 'kaki rempit' tentera Allah datang menguji kekuatan emosi hambaNya.
Nampak perkara yang simple, itupun sudah mencabar kesabaran. Panasnya, gelapnya, nyamuknya, mengantuknya, letihnya. Itu yang saya rasakan di hari pertama ketika tiba di negeri Darul Naim ini.
ZIARAH
(2 Syawal 1431)
Hari kedua, kami bersarapan ringkas di rumah terlebih dahulu sebelum menziarahi saudara mara. Destinasi pertama dituju ke rumah Tok Cik sebelah ayah. Tok Cik sudah tua dimamah usia. IQnya pula sudah mula menunjukkan protes apabila beliau tidak mampu mengingati peristiwa atau apa saja yang ditempuhinya kini. Jika ditanya, ini apa, ini siapa, maka yang dijawabnya hanya sepatah, "Mahani..."
Ayam yang sedang mengeram di halaman rumah Tok Cik |
Tok cik : "Mahani.." |
Banyaknya kucing di rumah Ayah Cik tidak terkira |
Ibu dan anak sama besar? |
Garfield!! |
Panasnya suhu di Kelantan ketika itu usah dipertikai lagi. Memang.
"Dulu jepun datang sini ada buat apa-apa dak?" saya menguji kekuatan ingatannya setelah Kak Long dan Ayah kehabisan topik berbual bersama Tok Cik.
"Jepung jahat. Dio bakar stesen minyok. Cik napok beghasak abih. Tiko tu Cik laghi jaoh-jaoh. Mujur Cik budok lagi, namo keno jamoh ko jepung kalu anok dagho," cerita Tok Cik, bersemangat.
Tok Cik masih bersemangat ketika bercerita |
Bapa saudara, abang mak - Ayak Cik dan Ayah Lae |
Ibu saudara (Kawan mak jugak ni) - Mak Cik Ros |
Antara sepupu yang baru berjumpa kali ke-2, Nuaim |
Kereta Kangoo, ketika belum memberontak.. |
(2 Syawal 1431)
Lampu 'panas'nya suhu enjin menyala. Tandanya enjin sudah ditahap suhu yang membahayakan pemanduan jika diteruskan. Oleh kerana teralu panjang beraturnya, akhirnya kereta kami berlabuh ditengah-tengah jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan seberang sungai Kelantan. Buat yang tak pernah naik jambatan ni, kalau nak tahu, lorongnya hanya satu untuk pergi dan satu untuk balik. Kereta kami mati tengah jalan, tengah jambatan!!
"Ayah, baik kita berenti tepi ni, kalau mati tengah jambatan nanti block orang nak lalu," kata-kata Kak Long tadi, kini sudah betul-betul menjadi kenyataan.
Pemandangan yang sempat diambil di atas Jambatan Sultan Yahya Petra |
Syukur.
Panjangnya jam trafik, bertali arus hinggalah tiba satu motor ni |
KAYANYA BUMI MALAYSIA
(3 Syawal 1431)
Wakil setiap buah yang ada di kebun |
Nak makan, petik kat pokok. Tak akan habis punya.
Nyamuk tak yah ceritalah. Maklumlah, kawasan kampung. Seronok juga kadang-kadang masuk hutan dan petik buah-buahan segar. Kalau kat Penang, alamatnya beli saja. Nak tunggu pokok berbuah, itulah yang dibelai hari-hari. Tapi tak jugak menjadi.
"Tupa mano pulok make buoh gini.." |
Atuk dan ayah setelah berkebun seharian |
(3 Syawal 1431)
Malam itu Umi bercadang untuk membawa kami berempat ke KB Mall untuk bershopping dan membeli sayur. Maka, kami bersiap-siap untuk menuju ke Kota Bharu. Bilangan kami yang agaknya terlebih seorang, mendorong saya untuk bertanya, "Macam mana, muat ka?"
"Tak pa, Umi tak payah gi pun tak pa!" ujar Umi yang meloyar buruk. Nak pergi dengan kereta Umi, tapi Umi tak mau pergi, sapa yang nak memandu?
"Kak Long boleh bawak," saya mencadangkan bernada perli.
"Kak Long bawak nanti entah-entah sampai, kedai dah tutup..," kata kakak ketiga saya pula bernada sindir.
Namun, susunan kereta yang bertali arus di hadapan Jambatan Sultan Yahya Petra seolah-olah mencabar kesabaran kami. Jaraknya tidak jauh, cuma lorong yang ada di Jambatan itu hanya satu. Padahal jalan sebelumnya begitu besar sekali, lima lorong. Mana tidaknya, terhentinya kami di situ hampir satu jam setengah tanpa bergerak!
Kereta, penuh dan sesak entah dari mana |
Perjalanan dari Wakaf Bharu bermula pada jam 9.30 malam dan tiba di KB Mall yang sudah bersiap-siap untuk dikunci pada jam 10.40 malam. Di Kelantan, kebanyakkan pasar raya ditutup pada pukul 10.00 malam, tidak seperti di negeri-negeri lain.
Umi memandu menuju ke Wakaf Che Yeh, satu-satunya pasar yang dibuka pada malam hari. Ada harapan nak beli sayur.Maka, kami pun sekali lagi bersaksi dengan kesesakan trafik yang agaknya benar-benar menjerut kesabaran pada hadnya.
"Ke manolah oghe-oghe ni nok gi..," keluh saya setelah hairan dengan gelagat manusia, semakin malam, semakin ramai orangnya.
"Nok gi bbeli sayur jugok la tuh..," Umi berseloroh.
Kami ketawa mengubat kesabaran hati yang kian tercabar. Alhamdulillah, kami sampai Wakaf Bharu tepat jam 12.00 malam setelah perjalanan pulang lancar. Langsung tiada kereta ketika itu, tidak seperti perjalanan kami tadi.
KITA RANCANG, ALLAH TENTUKAN
(4 Syawal 1431)
Seperti yang dirancang, hari ini, kami akan pulang ke Pulau Pinang. Saya menunggu dengan penuh kesabaran setelah hampir tengah hari, kereta Kangoo masih belum mahu bergerak.
Sambil memerhatikan Sulhafat, terasa mengantuk sekali. Akhirnya saya tertidur setelah puas 'kacau' sulhafat yang suka benar menyorokkan diri di dalam air keruh. Apabila terjaga, saya melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari!
Bilalah nak mulakan perjalanan..
Masih tidak dapat berfungsi |
"Ayah, bila nak balik ni?" saya bertanya dengan penuh pengharapan.
"Kan nak baiki dulu. Kalau siap petang ni, kita balik. Kalau siap malam, kita balik esok," jawab Kak Long bagi pihak ayah.
"Alaa? Stok baju dah habis...nak periksa percubaan SPM lagi, studi apa benda pun tak mula lagi..," saya mula berkeluh panjang. Dalam hati, saya ligat berfikir bagaimana agaknya saya menjawab soalan kelak.
"Semua benda ni, Allah dah tentukan. Kita mintak kat Allah, gantikan dengan benda yang lebih baik," kata Kak Long setelah bosan mendengar keluhan saya.
Bukan tidak tahu, tapi kadang-kadang terlupa. Cepatnya terlatah dikala saat-saat sukar ditempuhi secara 'life'. Kalau dahulu, mudah saja kita tenangkan orang lain supaya bersabar, yakin pada janji Allah, tabah dan sebagainya. Bersyarah panjang disertakan dengan dalil-dalil yang menyokong. Tapi, bila kena atas batang hidung sendiri, terduduk bersandar dan akhirnya seperti sabarnya mahu menghilang.
Sabarlah, ya.
Lain orang, lain dugaannya.
PERJALANAN PULANG
(5 Syawal 1431)
Martabatkan tulisan jawi..di mana-mana iklan di Kelantan menggunakan Jawi |
Lagi iklan tulisan jawi |
Alamak..kering lagi! |
Banyak kali juga diitolak, lebih kurang 5-6 kali gitu. Jalan dua jam, terpaksa berhenti setengah jam kerana enjin kepanasan. Dengan itulah perjalanan yang hanya memakan masa selama 6 jam, menjadi 10 jam!
Antara pemandangan di Lebuh Raya Timur-Barat |
Solat..kewajipan tetap meskipun di atas batu pasir.. |
Salam Perantau dari saya di atas Banjaran Titiwangsa.. |
Ketika berhenti di jalan berliku-liku |
salam 'alaik.
BalasPadammohon pinjam gambar masjid Wakaf bharu untuk artikel blog saya. Terima kasih
@ Al-Mu'allim
BalasPadamWassalam. Boleh, sama-sama.