Si budak culas (berbaju putih), ibunya (rambut berikat) dan ayahnya (berkemeja koko) |
Di suatu pagi Sabtu, saya pergi ke Pasar Bayan Baru, menemani ayah membeli keperluan barangan dapur. Ikan, sotong, udang, sayur, buah dan macam-macam lagilah.
Dan, termasuk juga sekilo setengah ikan untuk habuan si Peepee.
Semasa membeli ikan, udang dan sotong di sebuah kedai, darah saya tersirap seketika. Mujurlah mulut, lidah dan gigi masih kaku serta bebas daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak bersesuaian.
Setelah ditimbang ke semua barang-barang yang berkaitan, si penjual memberitahu harga.
"Lima belas ringgit."
Dua keping not RM 10 ayah saya serahkan kepadanya.
Penjual di kedai itu sekeluarga, barangkali. Terdiri daripada suami, isteri dan seorang anak lelaki berbangsa cina. Not RM 10 berjumlah dua keping bertukar tangan antara ayah saya dan si anak lelaki penjual terbabit.
Saya memerhati.
Sekeping daripada not RM 10 terjatuh ke atas meja tempat mereka bertiga meletakkan duit. Apa yang memulakan tekanan darah saya meningkat (mungkin, sebelumnya saya sakit kepala pada kebiasaan waktu itu kerana tekanan darah yang rendah dan ketika itu sakit kepala sudah sedikit reda) ialah, si penjual berpaling kembali ke arah ayah saya.
Si Peepee, insiden ini berlaku ketika membeli ikan untuk kau! |
"Ini lima belas ringgit!" katanya dalam loghat cina.
"Saya bagi dua keping tadi," ayah saya masih sejuk dan cool.
"Tala, mana ada, saya pegang macam ini. Sekeping saja ma," katanya lagi menegakkan benang yang basah.
Saya melihat kepingan duit yang terjatuh di atas meja tadi. Masih nampak kesan renyukan (maksudnya tidak tersusun dengan duit asal yang lain). Ibu kepada si penjual (barangkali) mengambil kepingan duit itu dan memberinya kepada pembeli yang lain sebagai wang baki.
"Saya dah bagi dua keping tadi! Jatuh atas meja," ayah saya mula meninggikan suara, bertegas.
Dia berpaling ke belakang, dan buat-buat melihat ke lantai dan sesekali mengerling ke meja.
"Tala."
Tak sempat saya snap gambar ketika insiden berlaku. 5 minit kemudian, saya pergi semula ke tempat ini dan mengambil gambar peniaga yang tidak jujur ini, supaya para pembaca di sekitar Pulau Pinang memboikot atau berhati-hati ketika membeli di kedai ini |
Dan, hampir 5 minit 'penungguan' kami di hadapan gerai mereka itu, kalau-kalau si peniaga hendak mengalah. Namun, jangkaan saya meleset sama sekali. Tuan kedai masih berkeras. Kalau diikutkan bisikan syaitan, mahu saja saya pelempang sebutir dua ke arah mukanya dan melarikan bungkusan ikan, udang dan sotong dalam plastik. Boleh saja tinggalkan dia terkial-kial begitu.
Apabila berfikir dengan waras, biarlah mereka 'biadap' kerana jika mereka terus dengan kekufuran (bukan beragama Islam) azab neraka itu pasti. Sedangkan kita, orang Islam ada neraca dan timbangan untuk balasan baik dan buruk. Biarlah mereka gembira dengan dunia sementara.
Teringat pula bagaimana indahnya sikap kemaafan Rasulullah SAW hinggakan mad'unya memeluk Islam. Baginda bukan hilang RM 10, tetapi sudah-sudah nyaris mati kerana diracun. Bahkan, sahabatnya telahpun meninggal dunia kerana hidangan wanita Yahudi itu. Taruhan nyawa, seorang jiwa busuk masai dahulunya memeluk Islam.
KISAH MEMBAIKI BUMBUNG
Sebulan yang lalu, ibu saya menghubungi seorang kontraktor cina untuk membaiki bumbung bahagian air-walls. Kononnya, kontraktor cina kebiasaannya melakukan sesuatu tugasan dengan pantas dan cekap berbanding kontraktor Melayu (di Pulau Pinang). Si kontraktor datang ke rumah saya beberapa jam selepas ibu menyatakan hasratnya untuk membaiki bumbung.
Ibu saya mempersilakan si kontraktor masuk untuk melihat keadaan bumbung dan menerangkan apa yang dihajatkan.
Bumbung rumah saya di bahagian air-wall ketika dibaiki |
Tanpa memanjat dan melihat bumbung, dia hanya mengukur dari lantai bawah.
"You tak mahu naik atas ukur bumbung?"
"Ta. Ini sudah cukup," katanya dengan yakin.
Esoknya, bahan-bahan dibawa. Bumbung baru beberapa keping dipasang. Tak sampai 2 jam, segala urusan selesai. Pembayaran dilakukan secara tunai.
Tidak berapa lama hari kemudian, hujan turun dengan lebat. Ketika itu, saya dan ibu baru saja selesai solat maghrib berjamaah, sedang berdoa. Tiba-tiba, kawasan air-walls sudah mula dibanjiri air hujan yang tidak segan silu mempamerkan kewujudan 'pecutan graviti'. Meja belajar saya dan kakak yang diperbuat daripada MDF, dilarikan dengan pantas. Namun, 'pecutan graviti' lebih laju berbanding kudrat saya menolak meja.
Meja belajar kami basah. Kalau MDF, terkena air, sudah boleh bayang apa yang berlaku. Bukan meleding, tapi membengkak dan mengeluarkan busar-busar habuk kayu seperti bisul. Kawasan skru longgar-longgat. Memang sudah punah. Bukan sebuah, tetapi dua buah!
Berapa minit kemudian, ibu saya melefon si kontraktor. Tiada panggilan disahut.
Selang lima minit kemudian, telefon tangan ibu berjenama Motorola itu mendendangkan lagu Insha Allah. Panggilan dijawab.
"Hello. Saya nak bagi tahu, bumbung yang you buat bocor," ibu saya nada mendatar, masih bersangka baik.
"Hmmm, bocor? Ok, esok pagi wo datang," katanya menanam tebu ditepi bibir.
Pagi esoknya, kedatangan si kontraktor ditunggu. Sudah lewat hampir 20 minit, ibu saya membuat panggilan.
"Bila you mahu datang?"
"Hari ni wo tak boleh datang, esok."
"Bumbung tu saya rasa tak cukup panjangnya, kalau you tempah bahannya, dan esok boleh pasang," ibu saya memberi cadangan. Walaupun tidak mempunyai ilmu mengenai arkitek, cara hujan menceroboh masuk sudah dapat mengagak puncanya, berdasarkan pengalaman hidup beliau.
"Tala. Itu masuk batu ma," katanya mula berdalih.
Telefon bimbit diletakkan. Ibu saya sudah menghidu penipuan sudah berlaku. Batu? Batu Asteriod jatuh dari langit? Ibu saya sudah hidup hampir 50 tahun, kalau mahu memperdaya kanak-kanak usia 5 tahun dengan alasan bodoh seperti itu, lain ceritalah.
Antara alatan yg dibawa |
Maka, pengharapan berubah. Ibu saya menelefon kontraktor lain, warga Melayu. Apa yang dicadangkan oleh ibu kepada si kontraktor, rupa-rupanya ada kebenaran. Memang kerana kecuaian kontraktor cina dahulu ketika mengukur panjang bumbung. Dan upah beralih arah. Ibu saya membayar kepada kontraktor kedua untuk langkah membaiki bumbung.
Sehingga hari ini, kontraktor yang berbangsa cina itu tidak datang ke rumah saya. Telefon apatah lagi.
SIAPA KATA CINA SAJA PANDAI BERNIAGA?
"Customer is always right."
Itu adalah slogan yang dipegang oleh kebanyakan peniaga yang mahukan barang-barang mereka laris dijual. Dan, lebih menjebikkan, ada yang berkata itu adalah falsafah peniaga-peniaga yang berbangsa cina. Jika penutur-penutur berada di hadapan saya, boleh saya keluarkan taboo seminit dua.
Sangatlah tidak wajar mensinonimkan sesuatu perkara dengan bangsa. Mengatakan cina pandai berbisnes berbanding Melayu. Memberitahu pelajar cina lebih pintar berbanding pelajar Melayu. Sekali lagi, jika perkataan-perkataan di atas singgah di telinga saya, cukuplah tembakan beberapa das mematahkan gigi orang yang berkata.
Berapa ramai ahli perniagaan Melayu yang berjaya, sedangkan sang usahawan cina berakhir dengan meminjam Ah Long untuk mencari makan? Berapa ramai anak muda Melayu yang menuntut hingga ke menara gading, sedangkan makhluk bermata sepet itu melacurkan diri?
Sengaja saya nukilkan kisah kekerekkan (baca : kebodohan dan kebiadapan) peniaga Cina yang saya sendiri alami untuk mengimbangkan apa yang selalu difikirkan oleh kebanyakan orang dalam masyarakat kita. Jika ada si Cina yang baik, begitu juga dengan si Melayu. Jika ada si Cina yang jahat, ada juga si Melayu yang tidak berakhlak.
Dan, tidak saya nafikan, bangsa Melayu juga mempunyai golongan yang rosak. Apakah segolongan yang rosak itu mendominasi, seterusnya memberikan definisi bangsa Melayu sebagai bangsa yang rosak?
Akhlak, sikap dan kejayaan itu milik individu.
Berhentilah bercakap soal bangsa, kerana itu tiada neraca timbangan al-Mizan di akhirat kelak. Tumpukan soal aqidah yang menjadi tunjang agama seseorang. Kita tidak dapat memilih apakah bangsa yang kita mahukan semasa lahir ke dunia. Kerana itu, kelak dihadapkan ke mahkamah Allah, kita tidak diasingkan mengikut bangsa.
Tiada lagi bangsa.
Apa yang ada, bekalan amalan seseorang, tanpa mengira apakah dia berbangsa Melayu, Cina atau India atau apa saja.
i love my own race:D...klo kte tros brfikiran cmtuh (org mlayu x pndi berniaga)..mcmne kte nk tlong bngsa kte maju..myb ad klangn mreka yg nk brniaga..tpi dsbbkn statement ni..xrmi yg nk support mreka dn pling sdeh org mlayu kte sndiri takut nk brniaga..TTATT
BalasPadam