Kek Keju Lemon Yummy

[Amaran : Kek keju mengandungi kalori dan lemak yang sangat tinggi. Selain itu, kesan sampingan seperti allergi keguguran rambut boleh terkena kepada sesiapa yang suka memasak kek keju, kerana kek ini amat mudah disediakan tetapi kos bahannya superb.]

(Resepi ini sebenarnya telah diubah sebanyak 180 darjah daripada sumber asal-Laman ResepiMudah, kerana percubaan menggunakan resepi itu tidak menjadi.)




BAHAN-BAHAN

250g krim keju
400g susu pekat manis (1 tin)
100g susu sejat cair (1/4 tin)
3biji telur
50-60g tepung gandum + 1 sudu kecil serbuk penaik
2 biji lemon - diperah dan diambil jusnya
150-180g marjerin (buttercup)
200g biskut marie - dipatahkan dan dikisar

CARA MEMBUATNYA

1) Masukan marjerin ke dalam kuali. Pasangkan api. Masukkan serbuk biskut marie. Kacau hingga rata.

2) Griskan loyang atau lapikkan dengan aluminum foil. Masukkan campuran tadi ke dalam loyang pembakar. Tekan dengan hujung gelas supaya menjadi mampat. Ketepikan.

3) Pukul krim keju hingga kembang ke dalam bekas adunan.

3) Masukkan susu pekat manis, susu sejat, dan jus lemon ke dalam bekas pemukul.

4) Pukul hingga adunan rata. Adunan menjadi sedikit pekat dan berkrim berbanding keadaan asal.

5) Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga rata. Masukkan tepung gandum berperingkat-peringkat. Gaul hingga rata.

Krim keju alternatif dari Australia - boikot krim keju philadelphia.
6) Tuangkan campuran ke dalam loyang pembakar yang sudah didasari dengan biskut marie tadi.

7) Kek kehu yang sudah dibakat hendaklah dibiarkan sejuk secara perlahan-lahan untuk mengelakkan rekahan pada permukaan.

8) Sejukkan selama 3-4 jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba!



3 ulasan:

  1. video version is now live on youtube!

    http://youtu.be/xfTQFO0w8CU

    BalasPadam
  2. Salam...

    Nampak bahan2 yg digunakan macam mudah. Insyaallah ada masa boleh cuba.

    Salam ukhwah.

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!