Bangunan yang telah diroboh pada 2011 |
Ketika hari minggu cuti sekolah, penulis dan beberapa orang sahabat di hostel pergi ke sebuah pejabat NGO di Sungai Petani untuk melakukan sesuatu.
Apakah ia?
Menyampaikan risalah. Di suatu pagi hari, warden datang ke asrama dan bertanya kepada kami sapa yang nak ke pejabat NGO esok?
Untuk mengisi keboringan, banyak juga yang meminta untuk menyertainya, tanpa mengetahui tujuan sebenar. Kira macam bertaqlid sajalah. Haha..tanpa banyak bertanya.
BERKUMPUL DI PEJABAT JIM
Apabila tiba di pejabat JIM pada pagi-pagi itu, ceramah disampaikan kepada kami semua. Ketika mendengar ceramah, barulah kami dapat meneka tujuan kami ke situ setelah banyak kali mendengar kalimah “da’ie-mad’u”. Tapi, berbeza dengan tahun-tahun lepas, kali ini hanya hendak menyampaikan risalah sahaja, tanpa banyak mempromosi. Taktiknya kira macam nak buat surveylah.
Masa untuk dibahagikan kumpulan ke tempat berasingan tiba. Penulis mendapat tempat yang agak selesa, iaitu di sekitar kompleks beli-belah, Parkson. Tak usah jalan jauh-jalan dan bermandikan cahaya matahari yang mencekik menjelang tengah hari nanti.
Rasanya dahulu giant Sg. Petani dalam Parkson. Sekarang dah ada di tempat lain.
BERMULA DI PARKSON
Masuk ke dalam Parkson, penyejuk udara terus menggigit tulang. Memandangkan di pagi hari lagi, pengunjung tak ramai pun. Sebab tu, pak guard yang menjaga kompleks tu ter‘perasan’ dengan gelagat kami. Dia menghampiri.
Tekong kami segara berjalan keluar untuk mengelakkan perkara yang tak enak berlaku di situ. Pernah berlaku ketika tahun lepas mengedarkan risalah seperti ini dihalau oleh pak guard. Katanya tak boleh berniaga dalam kompleks ni, ganggu orang lain. Iyalah, orang bukan berniaga pak cik.
Kami tercangak di lobi kompleks. Tiada lagi gangguan dari pak guard. Minit berganti minit, jam berganti jam. Tiada respon positif yang diterima daripada orang Hindu, mahupun kristian. Kebanyakkan ambil kertas dan terus jalan. Ada pula ambil dan terus buang. Lebih malang, yang tak pandang langsung. Semua orang sibuk agaknya pada hari itu.
Ketika memandang jam tangan, waktu yang dijanjikan untuk berkumpul semula di pejabat sudah tiba. Sedangkan, kertas-kertas masih banyak ditangan kami belum diedarkan. Tidak mengapa, kami pulang juga. Dalam perjalanan, banyak juga ternampak pamphlet yang diedarkan tadi di tepi-tepi longkang.
BERKUMPUL SEMULA
Semua tekong yang terdiri daripada orang-orang veteran sudah cekap tackle orang. Perbincangan di buat usai sahaja semua kumpulan tiba.
Dalam kumpulan penulis, tiada yang menarik untuk dikongsi. Setelah mendengar cerita-cerita daripada kumpulan lain, rupanya pelbagai juga ragamnya.
Ada yang nampak macam orang India, lalu diberi pamphlet yang ditulis dengan symbol tulisan india. Tapi, dia minta untuk ditukar kepada bahasa inggeris. Pulak dah!
Bagi yang dalam kalangan budak sekolah menengah, mereka langsung tak pernah dengar pasal Islam bila ditanya. Hairan juga, sedangkan agama rasmi di Negara ini adalah Islam. Entahlah, mungkin penyebaran tentang agama Islam tidak di titikberat sangat oleh media. Ada pula yang setelah membeli di kedainya, baru hendak mendengar penjelasan. Kalau tak membeli, awal-awal lagi kena halau dah.
Ada juga yang kata tidak faham bahasa Melayu. Lalu dicakap dengan bahasa Inggeris. Tapi dia kata tidak faham juga. Sedangkan dia memberitahu kami dalam bahasa Melayu. Entahlah, biarkan..nak cakap bhasa apa lagi? Bahasa Arab?
Kebanyakannya, respondan yang ditrima tidak begitu arif dengan agama. Tapi, ada seorang mad‘u daripada kumpulan sahabat penulis berkata begini;
“Selamat sejahtera. Kami dari sebuah NGO ingin melakukan survey tentang agama di Malaysia,” ayat yang telah pun dihafal ketika setiap kali bertemu dengan orang.
“Apakah nama saudara?” Sengaja bertanya, bukan nak tahu pun-sebagai mukaddimah. Ditangan pen dan kertas mencatat, sekadar Nampak kesungguhan. Kadang-kadang tak tahu pun nak eja macam mana nama orang cina, orang india lagi susah.
“Apakah agama yang saudara anuti sekarang?” antara soalan utama yang akan ditanya. Pernah satu ketika, ada yang menjawab tidak tahupun apakah agamanya, dan masih mencar yang benar. Kalau macam ni memang mudah.
Berbalik kepada tajuk,
“Apakah pandangan saudara tentang Islam?”
“Oooo…u cakap pasal itu aa…U nak suruh I masuk Islam. Islam yang potong-potong tangan? Kejam maaaa….,” dia menjawab.
Betapa sukarnya pak cik ni nak bercerita tentang hukum hudud kepada orang yang tidak memahami konsep sebenarnya. Akhirnya, dia tetap dengan pendiriannya.
Masya-Allah, satu persepsi yang salah telah melekat pada orang bukan Islam. Kenapa?
Kalau kita peka pada isu politik sekarang, sebenarnya dalam kalangan orang Islam-Melayu itu sendiri yang menakutkan perundangan Islam kepada non-muslim. Untuk apa?
Supaya non-muslim tidak memilih pucuk pimpinan Islam. Sekiranya non-muslim tahu bahawa Islam membawa keadilan pada semua agama, tentu kerajaan korupsi yang penuh dengan skandal, rasuah, politik wang dsb tumbang dengan segera.
Hal ini kerana walaupun media kerapkali men‘jilat’ punggung kerajaan, keburukan yang besar segara terdedah, mcam kata pepatah melayu, bangkai gajah manakan dapat disorok. Kerana ianya bukan satu dua, tapi banyak.
KISAH LAIN
Peristiwa lain pula, ketika penulis sedang menaiki bas awam untuk pulang kerumah dari sekolah. Sambil menyelam minum air. Ketika dalam bas, terserempak dengan seorang perempuan cina yang Nampak agak peramah. Dari air mukanya saja dapat mengagak. Orang cina ni bukan boleh, kalau yang baran tu dia jerit satu bas mengalihkan pada kita nanti. Malu dibuatnya.
Jadi, sebagi permulaan, seperti biasa ditanya;
“Hello, where u want to go?” penulis menyapanya.
“Sunshine square, u?” dia memberikan respon positif.
“To my home…at..at..Sungai Ara,are u alone?” (tergamam bila dia bertanya semula)
Bas rapidpg kegemaran penulis...laju &ekspress.!
U-307(Jetty-Queensbay Mall-Batu Maung)
“Going to sg Ara must to take 302 number of bus, right? Yes…I’m not married yet. Easy to go anywhere with rapidpenang,” dia membalas. (Ketika itu penulis menaiki bas 307-hanya bas ni sja yg ekspress…yg lein semua lambat terutamanya 302!) “I stop at PISA, then I walk to my home,” saya menjawab persoalannya yang nampak kehairanan.
“So far u walk? How long time taken?”
“Just 15 minutes. Not so far.”
“Just 15? Are u run?”
“No, no. Just walk, walk fast. What is ur religion?” penulis segera mengubah topic kepada tujuan asal, bimbang terlari jauh pula. Sia-sia nanti.(hehe…tak tau nak cakap apa-padahal 15 minit tu jalan laju gaya2 nak lari dh. Banyak anjing kat situ. Kereta-motor tak usah dipersoalkan lagi...high in density!)
“Buddhist.”
“Are u Malaysian?”
“Yes. Further all of my family too.”
“How old are u?”
“55 years.”
“Owh, I think that u are in 30”
“No…I was old..haha..” dia gelak.
“U look so..so….”alamak, penulis kehilangan kata-kata.
“Young, Nampak muda?” dia pulak tolong sambung.
“Herm..yess…”
“Can u speak Malay?”
“Yes, but not so good.”
La….kalau tahu dari awal, tak akan guna English…membelitkan lidah aku saja…haha….
Sempat juga penulis bertanya kepadanya tentang apa pandangan tentang Islam. Tapi malangnya tak berapa faham sebab diterangkan dalam English. Ada juga orang cina yang peramah. Sebelum ni penulis jumpa semuanya yang suka cakap kuat-kuat. Pastu kalau tak sebulu dengan dia, menjerit (jerkah la..hehe) terus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!