Lihat gambar di atas ini. Apakah ia? Gelas.
Ya, memang gelas. Apa ada dalam nya? Air. Terisi setengah. Selebihnya kosong. Opsss...bagi jawapan lak. Lagi sekali, bagi sapa2 yg sedang membaca ni, jawab dalam hati dengan jujur; Apa ada dalam gelas kaca ni?
A atau B?
A) Setengah berisi
B) Setengah kosong
Jawab dalam hati. Pilih salah satu jawapan sebelum membuka maksudnya, dengan jujur.
PARADIGMA ANDA
Ya, sama ada anda menjawab A atau B, kedua-duanya adalah benar dan tepat sekali. Tak dapat nak disangkal lagi jawapannya. Cuma, jawapan yang diberikan adalah menggambarkan sudut pandangan seseorang. Positif atau negatif.
Kalau jawapan anda adalah setengah berisi, bermakna anda berfikiran rasional dan melihat kepada hakikat yang benar-benar dan betul-betul ada. Ke arah positiflah tu. Syabas dan tahniah!
Sekiranya jawapan anda adalah B, iaitu setengah kosong, menggambarkan anda lebih cenderung melihat benda yang tidak ada sahaja. Benda yang tidak ada sepatutnya tidak menjadi ukuran atau ungkapan terhadap sesuatu. Maka, melihat benda yang tidak ada adalah pengaruh fikiran yang negatif.
DUA SYARIKAT BERBEZA
Ada sebuah syarikat A yang hendak membuka sebuah pasar raya yang menjual pakaian dalam. Jadi satu survey dilakukan kepada penduduk sekitarnya. Malangnya, penduduk disitu langsung tidak berpakaian. Di dalam benak syarikat ini, potensi untuk maju sangatlah tipis kerana mungkin sambutan penduduk tak menggalakkan.
Sebuah syarikat B lain pula datang ke tempat perkampungan yang sama untuk tujuan yang sama juga. Survey turut dijalankan kepada penduduk setempat. Bagi mereka, orang di sini tak berpakaian, jadi ada potensi besar untuk memajukan pasar raya kerana tentu mereka akan berpusu-pusu mendapatkan baju. Sudah tentu mereka akan menjadi lebih bersopan dan beradab selepas ni.
Nampak? begitulah perkara dan situasi yang dialami ditempat yang sama, perkara yang sama nak dilakukan. Juga menghadapai masalah yang sama. Tapi, sudut pandang mereka yang berbeza menyebabkan syarikat B lebih berjaya daripada syarikat A.
Bagi syarikat B, situasi itu akan membantu perkembangan.
Tapi bagi syarikat A hanya menganggap itu adalah penyebab akan menggagalkan hasil yg mampan. Samalah dalam kehidupan kita. Yang penting fikirlah cara positif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!