"Lihatlah, bagaimana Nabi Muhammad SAW bijak mengatur strateginya dalam penghijrahan ke Kota Madinah bersama para sahabatnya," kata seorang ustaz ketika menyampaikan ceramahnya apabila tiba awal bulan Muharram.
Bermula daripada waktu petang 30 Zulhijjah, masjid negara akan dipenuhi orang ramai untuk mendengar ceramah dan menyambut maal hijrah.
Ceramah merata-riti menyentuh cerita itu.
Saya rasakan peristiwa lain yang turut berlaku dalam bulan ini perlu diceritakan di sini terutamanya kisah-kisah yang berkaitan ketika hayat Rasulullah SAW selain daripada penghijrahan daripada Makkah ke Madinah.
Bahkan, pada hakikatnya hijrah nabi SAW tidak berlaku pada bulan Muharram. Ianya berlaku pada bulan Rabi'ul Awwal. Rasulullah SAW dan Abu Bakar keluar menuju ke Gua Thur pada 28 Safar.
Banyak lagi peristiwa yang boleh di jadikan iktibar. Bukan tak penting peristiwa hijrah itu, tapi tak kan nak ulang setiap tahun yang itu saja?
Manakala yang lain dilupakan, begitu saja!
Tak kiralah, bukak radio ke, tv ke. Serupa saja. |
Pada 10 Muharram tahun 6H, baginda menghantar Muhammad bin Maslamah mengetuai 30 orang penunggang untuk menyerang bani Bakr bin Kilab.
Mereka berjaya dalam serbuan itu.
Dalam perjalanan pulang, mereka bertemu dan menawan Thumamah bin Uthal al-Hanafi iaitu pembesar bani Hanifah. Para penawan tidak mengenali Thumamah adalah pembesar. Mereka membawa beliau menghadap Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW mengenalinya. Dan baginda memberi layanan yang sangat baik kepadanya. Beliau diikat di masjid, manakala Thumamah dibiarkan melihat gerak geri serta khutbah Jumaat di masjid berkenaan. Kisah inilah dijadikan hujah oleh Imam Nawawi yang membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid.
Akhlak yang mulia adalah hasil daripada tunjang yang kukuh
Indahnya akhlak Rasulullah SAW, hinggakan orang kafir pun baginda melayan dengan akhlak mulia. Dan lebih terserlah kemuliaan akhlak baginda adalah ketika baginda membebaskan Thumamah setelah enggan memeluk Islam ketika diajak!
Melihat keagungan akhlak Rasulullah SAW itulah membuatkan beliau terfikir sedalam-dalamnya. Beliau kembali bertemu Rasulullah SAW dan memeluk Islam sambil berkata:
"Wahai Muhammad, demi Allah! Tidak ada wajah yang paling aku benci di atas muka bumi ini kecuali wajah kamu. Sekarang wajahmu adalah wajah yang paling aku cintai.
Demi Allah! Tidak ada agama di atas muka bumi ini yang paling aku benci kecuali agama yang kamu bawa. Sekarang agama yang kamu bawa adalah agama yang paling aku cintai.
Demi Allah! Tidak ada negeri diatas muka bumi ini yang paling aku benci kecuali negeri kamu. Sekarang negeri yang kamu adalah negeri yang paling aku cintai."
KETOKOHAN PEMAAF BAGINDA
Hebatnya Rasulullah SAW. Baginda dapat mengubah paradigma musuhnya daripada sangat membenci kepada sangat mencintainya. Hanyalah melalui keteladanan yang mulia.
Sehinggakan, pembesar ini yang banyak menentang Rasulullah SAW pada mulanya berubah menjadi pembantu untuk menyebarkan Islam dalam kalangan kaumnya pula. Thumamah kemudiannya pergi mengerjakan umrah. Beliau menzahirkan keislamannya di hadapan para pembesar Quraisy. Mereka berasa terhina.
Siapa yang tak mengamuk kalau dihina sedemikian rupa?
Begitu perasaan pembesar Quraisy ketika itu. Tetapi, setelah mereka ingat bahawa mereka memerlukan bijirin daripada negeri Yamamah, terpaksa dibiarkan saja. Cangak saja.
Walaupun pembesar Quraisy tidak mengapa-apakannya, Thamamah tetap tidak mahu mengeksport bijian kepada mereka sehingga Quraisy beriman. Setelah mendapat kesukaran mendapatkan bijian itu, pembesar Quraisy meminta pertolongan Rasulullah SAW. Aik, tak malu ke?
Kalau kitalah, dalam situasi Rasulullah SAW dan mengenangkan ketika diusir dan bani Hasyim diboikot dengan teruk, mesti menjeler lidah saja.
Hmmm. Itulah Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Baginda tidak mengungkit kisah lampau dan memaafkan dengan begitu mudah. Ketika mampu membalas, baginda memilih memberi maaf!
Alahai. Kalau kitalah berasa, alangkah ruginya!
Maaf...sukar utk memberi tetapi mudah untuk meminta |
Musailamah al-Kazzhab. (Digelar al-Kazzab iaitu pendusta) Itulah pencetus utama murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW. Beliau melarang kaumnya daripada menjadi pengikut Maslamah;
"Berhati-hatilah daripada kegelapan yang tiada cahaya padanya. Sesungguhnya ia adalah kecelakaan yang diwajibkan oleh Allah kepada pengikutnya."Dengan itu ramai kaumnya tetap thabat bersama-sama dengannya. Semoga Allah merahmati atas usaha beliau.
(Dikemaskini semula pada 6 Januari 2013)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!