Apabila Chef Amatur Memasak

 Menggoreng ikan goreng..

"Mak sakit kepala hari ni."

Itu adalah dialog yang menyelitkan maksud makanan tengah hari perlu di swasta kepada anak-anaknya. Kami tidak pernah makan tengah hari di luar. Kecualilah kalau ketika bermusafir atau ada aktiviti yang luar biasa saja.

Tapi, makanan dibeli di kedai dan dimakan di rumah.
KEPUASAN

Di kedai, bukan saja kebersihannya tidak terjamin. Orang yang memasak pun tak tahu dijaga solatnya atau tidak. Air tangan orang memasak boleh memberikan kesan kepada sesiapa yang memakannya. Mujurlah kami tidak terbiasa dengan memakan 'air tangan orang lain' di luar.

Setiap hari, emak akan memasak untuk kami sekeluarga. Tak pernah miss.
Kalau tak emak gering hari tu, anak-anak perempuannya lah yang akan naik pangkat untuk bertugas di pejabat 'dapur'.

Kalau kak long memasak tak mengapa. Kak long dah naik pangkat memasak pro-profesional. Agaknya bila ntah mak bagi pentauliahan dekat kak long. Kalau ada kat rumah, mak bila-bila masa saja boleh swasta kat kak long untuk memasak.

Taklah macam adik-adik dia.

Apabila chef amatur memasak, banyak langkah keselamatan yang di ambil. Tak kurang juga aksi-aksi merbahaya yang terjadi secara tidak sengaja.

Contoh keselamatan yang terlalu di ambil berat adalah tangan. Takut terpecik minyak panas.

Spesial : Ikan Goreng 'Palestin'!

Semasa menggoreng, kalau boleh nak duduk jauh-jauh dari kuali. Kalau terpecik sempat untuk lari. Setiap langkah demi langkah, tentu akan di rujuk kepada mak. Iyalah kang tersilap buat, tak sedap pulak.

Sapa nak perabih?

Waktu bertanya langkah seterusnyalah banyak terjadi aksi merbahaya. Seperti tertinggal gulai lemak dengan api besar sampai terjeluak kuahnya.

Minyak tak panas, dah letak ikan! Itulah punca ikan jadi macam tu. Ada pulak lepas goreng lupa nak tutup api!

Sampaikan dan berbau hangit, baru perasan.

Ketika potong sayur dek kerana nak laju (sebab pasang api siap-siap dah kat kuali) pisau pula gatai menyinggah dekat tangan! Maka, pertumpahan darah berlaku.

Yang silap sukatan gula-garam tu belum diambil kira lagi.

Lalat...petanda kedai makan kotor

SEBALIK ITU

Sebenarnya bukan nak cerita yang ni, tapi nak kongsi hikmah disebaliknya.

Dalam hidup, pengalaman penting sesangat. Tapi, tak semestinya kena lalui setiap pengalaman pahit dahulu, baru nak terngadah. Tak, bukan macam tu.
Pengalaman boleh dikongsi dengan orang-orang yang terlebih dahulu terkena ataupun mendapatnya.

Itu satu.

Ha, yang kedua; "Alah bisa tegal biasa."

Perkara yang tak selalu kita buat, kita akan kekok melakukannya. Tapi, tak bermakna kita boleh tinggalkan terus. Lama-lama akan menjadi profesionallah. Cuma yang penting kena sabar dan berani mencuba...

Yang ketiga; "Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian."

Biarlah macam mana pun tak sedap kita masak, janji bersih dan suci. Kalau kat luar tu bukan bersih pun. Bahan yang dia masukkan tak tahu sumber daripada mana. Kalau kita yang masak, kita tahu semuanya. Kan lebih terjamin?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!