Kami kental (2)

 Kedudukan pantai Kerachut di peta Pulau Pinang

Pengalaman berkhemah di hutan dimulai ketika di darjah 4. Tempatnya di Pantai Kerachut, Balik Pulau. Tempatnya memamg bahaya kerana pantainya menghasilkan 2 ombak sekali.

Mengikut apa yang di perkatakan, ombak 2 lapis merupakan petanda bahawa tiada pantai yang curam secara berperingkat. Maksud disini, pantainya tak selamat sebab terus masuk ke dalam laut.

Oleh itu, kami disarankan oleh orang yang menjaga kawasan itu untuk berkhemah didalam hutan sahaja.


Ya, hutan.

Hutan yang banyak kera dan nyamuk.

Bertuahnya kami, tiada pacat disitu.

Setibanya di situ, kami mendirikan khemah. Tapaknya tak berapa stabil kerana tiada permukaan rata.
Seksa dibuatnya. Senget!

Antara tempat yang dilalui ketika jungle tracking

Ketika dihutan itu penulis tak berapa ingat dah apa aktiviti yang dibuat memandangkan tiada dalam catatan dan diari. Cuma, yang paling diingati ialah jungle tracking menuju ke pantai sejauh 3.5 km!

JUNGLE TREKKING

Jalannya bukan macam jalan raya. Kejap naik, turun. Ke kanan kekiri. Ada yang kena masuk bawak akar pokok besar. Habis baju tersamak dengan tanah.

Satu lagi syaratnya, setiap kumpulan dibenarkan membawa hanya 1 lampu picit. Hutan ini semacam baru diterokai. Jalan yang dilalui hanya muat-muat untuk seorang sahaja ketika satu masa.

Ketika berjalan, memang sudah di nasihatkan agar menjaga mulut dan adab. Andai ternampak apa-apa yang ajaib hanya diamkan diri sahaja. Usah heboh seluruh hutan.

Besarnya ciptaan Allah. Indah nian. Pelbagai pokok menghijau mengeluarkan bunga seolah-oleh menyambut kedatangan kami.

Terasa sangat kerdil.
Kami bernasib baik kerana hutan ini tiada pacat!

Perjalanan memakan masa selama 3 jam. Bertolak dari tapak perkhemahan sekitar 2.00 petang dan tiba di pantai pada jam 5.30petang.

Setibanya di pantai, terasa macam masuk ke dunia lain. Pemandangan yang bersih, indah sangat berbeza dengan pantai di Pulau Pinang yang penuh dengan pencemaran.

Masih segar di ingatan ketulan-ketulan garam kasar ada di permukaan pasir. Di situ juga kami sujud dan bersolat.

Sungguh memukau...itu lah sebabnya kami rasa tak nak balik!

PULANG

"Berkumpul di sini..!"

Arahan daripada ketua platun mematahkan nikmat  di pantai itu. Tandanya kami perlu pulang segera ke tapak perkhemahan.

"Baru saja sampai dah nak balik?", keluhan seseorang dpat didengari jelas ditelinga penulis.

Memang pun. Penulis sendiri berasa begitu. Belum sempat nak menghilangkan lenguh2 berjalan selama 3 jam, kini dah nak sambung semula. Sedar tak sedar, sudah 1 jam berada di pantai itu. Patutlah...

Dengan itu, barulah rasa. Sama seperti kita di muka bumi ini. Asyik leka dengan nikmat dunia, sedar2 dah nak mati. Kehidupan manusia tak ubah macam seorang musafir yang hendak menuju ke suatu tempat yang abadi dan dunia adalah perhentian yang sementara.

Ada manusia yang terlupa bahawa dia hanya singgah sebentar kerana R dan R yang disinggahinya penuh dengan kemudahan. Betul tak?

TERPUTUS DERETAN

Dalam perjalanan pulang, keadaan sekitar sudah gelap. Segelap-gelapnya. Memang tak dapat berjalan tanpa bantuan lampu picit. 1 lampu picit dikongsi 7-8 orang. Sedangkan, jalan yang dilalui hanya muat seorang dalam satu masa. Maksudnya kena berbarislah. Bayangkan!

Bukan tak bawa sorang satu, tapi tak dibenarkan. Ketika itu, muncullah perangai sebenar seorang sahabat. Yang baran dah tunjukkan kepanasannya ketika itu. Yang selfishnya tak kurang. Macam-macam ragam ada. Watak yang ditonjol jauh berbeza ketika dikenali di sekolah sebagai yang suka tolong orang, senyum dsb. Cuma beberapa, tak semua orang yang macam tu. Ada yang lebih sanggup berkorban demi kawan-kawan kumpulan dia.

Itulah menggambarkan bahawa apabila terdesak, emosi yang terdidik dengan baik sahaja yang mampu mengawal perasaan. Lakonan tiada lagi tatkala masing-masing sudah keletihan. Tiada lagi yang berpura-pura menolong orang lain. Hanya yang benar-benar ikhlas sahaja dapat bertahan.

Keadaan bertambah dahsyat lagi apabila terputus perjalanan dengan kumpulan hadapan. Laju sangat mereka berjalan. Sehingga, kelibat kumpulan hadapan hilang daripada pandangan kami.

Apa yang kami buat?

Tanpa ilmu kehutanan, kami berjalan sahaja. Sehingga, kumpulan belakang bertemu dengan kami. Kumpulan kami tiada guru. Begitu juga dengan kumpulan belakang kami. Sungguh, ketika itu, pelbagai persepsi buruk timbul dalam benak kami. Guru ketika susah tinggalkan kami di tengah2 hutan begini. Malam pulak tu. Sedih tak terkata lagi..

Kami teruskan perjalanan. Walau apa pun terjadi, kami akan hadapi bersama-sama. Itulah indahnya ukhuwwah. Saling mempertahankan.

Survival kami akhirnya berjaya. Tiada apa trajedi berlaku.


KERA PUN BERSARAPAN ROTI

Keesokkannya, kami dapati bahawa roti buku yang kami bawa sudah hilang*

"Ashiqin, tolong ambil roti dalam khemah. Kita makan roti cecah sardin pagi ni.", kata Wafa selaku ketua kumpulan kami.

"OK, kejap." Balas ringkas.

Rupanya bukan kami saja yang bertapak di situ...makhluk2 lain pun ada

Lantas, penulis bersama beberapa lagi masuk ke khemah. Puas mencari. Plastik pun tak jumpa.
Kami turun semula ke tapak memasak.

"Maisarah, bawa tak roti?" tanya kami memandangkan dia yang ditugaskan membawanya.

"Eh, bawalah....mana bule tak bawa." sampuk yang lain menjadi bukti bawanya roti itu.

Tup...tup...
Kedengaran sesuatu jatuh daripada pokok.
YA!! Roti..
Rupanya sudah dicuri dek kera!

Kera betul kera ni....
Makan biskut sahaja lah.
Huhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!