Kami kental (1)

Barisan kawad kaki KRSM Musleh SRI-SMI, 
Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia

Setiap petang Jumaat, pelajar-pelajar di sekolah sudah bersiap-sedia untuk berkawad kaki. Di benak masing-masing sudah pun terbayang panas terik matahari yang akan mencucuk pada permukaan kulit sekejap lagi.

"Masuk....barisss!!"

Arahan yang ditunggu sudah didengari.



Semua pelajar berpakaian kemas seragam Syabab dan Fatayat sedia berkawad.
Cuacanya memang panas. Kalau sekali sekala angin bertiup, kira nikmat yang terhingga lah tu.

Kawad kaki sememangnya melatih disiplin untuk bekerjasama. Itu faedahnya. Memang, tak dapat dinafikan lagi. Semangat kerjasama hanya dapat dipupuk ketika kawad kaki. Ya, kawad. Bukan denda.

BELAJAR STAR JUMP, ATAU KAWAD?

Teringat penulis ketika bersekolah rendah mengalami perkara ini semua. Kawadnya kalau tak kena denda banyak. Kalau muallim yang melatih maka denda akan banyak daripada latihan kawad. Akhirnya, kami cuma belajar buat lompat bintang dengan baik, bukannya kawad lagi.

Apa salahnya kalau tunjukkan berulang kali pada kami? Maka, dengan itu kami akan cekap berkawad. Bukannya denda.

Saya ulangi sekali lagi, bukan denda.

Denda memang perlu kalau dah nampak budak-budak main-main ketika berlatih. Tapi, setakat sekali dua okeylah. Ini salah sekali dapat denda 5 kali!

Tapi, ketika itu, tiada siapa antara kami yang main-main ketika kawad. Kami faham kena serius walaupun baru darjah 4. Ingat kami bodoh sangat?

Itu kalau muallim. Belum cerita dengan muallimah. Berleternya lebih banyak daripada mengajar kawad. Sedikit saja salah dah kena berleter panjang. Seolah-olah tiada pembaharuan dalam kawad kami.

Ketika masa menghampiri petang, 4.30 petang gitu, riak wajah kami berubah. Kepenatan bercampur dengan gembira kerana latihan kawad hampir tamat. Persepsi kami tentang kawad memang sudah tercemar. Dari dahulu ketika awal-awal tahun lagi. Mana tidaknya, setiap kali latihan itulah yang kami kena. Ada saja modal nak kena denda, berleter tak sudah-sudah.

Selepas solat 'Asar berjamaah, kami digesa untuk segera berkumpul semua di padang kawad tadi untuk sesi lain pula. Begitulah setiap minggu. Penuh dengan kekalutan. Lambat karang kena denda.

BASED

"Dalam kiraan sepuluh....1,2,3,....."

Arahan yang menakutkan kami ketika itu. Siapa lambat kenalah penangannya.

BaSeD antara aktiviti wajib yang perlu di pelajari ketika kokurikulum

Berkumpul untuk sesi BaSeD pulak.(Basic Self Defence)

Dan yang mengejutkan, kena buka kasut!

Lantai padang itu adalah bersimen. Apabila terkena terik matahari,...tahulah!

Biasanya latihan BaSeD akan diselang seli dengan ikatan, pertolongan cemas, jahitan dsb.
Ilmu-ilmu ini akan dipraktikkan ketika kami bercamping dalam hutan nanti.

MAKAN PETANG

Setelah itu, kami akan bersiap sedia untuk memasak.
Memasak kami bukan guna dapur gas.
Bukan guna kuali dan periuk.

Apa yang kami guna?

Mistin, lilin cookers, kayu & daun2 kering.

Untuk masak nasi, lauk dan sayur.
Tukang masak yang amatur!

Kebiasaannya, menu sudahpun ditentukan oleh muallim/ah sebelum aktiviti setiap 2minggu sekali. Menu kami ialah sardin, ikan bilis, telur rebus dan sayur kobis. Itu saja. Kalau bawa lebih atau yang lain makanan akan dirampas tanpa belas kasihan.

Nasi, macam biasa. Kami masak tak pernah masak betul-betul. Cuma macam beras yang kena rendam lama dalam air, kembang sikit. Tapi keras juga. Bukan tak nak bagi betul-betul masak, cuma api tak cukup. Pasang kejap lilin cookers dah pun habis. Nak minta lebih daripada muallim/ah jangan harap. Kena marah lagi adalah.

Kalau menumis cili boh pula tak pernah sampai pecah minyak. Takat panas saja.

Setelah masak, semua nasi, lauk dan sayur diletakkan kedalam talam. Makan sama-sama dalam tu. Semua makan berselera sekali. Suasananya macam makan nasi kenduri saja.

Jangan harap makan nasi masak betul2

Kini, baru penulis sedar bahawa kanak-kanak yang sebaya dengan kami ketika itu di negara Palestin mungkin lebih teruk nasib mereka. Nak makan nasi pun tiada, apa lagi yang dimasak dengan enak. Rumput-rumput yang menjadi habuan mereka.

Bersyukurlah kita. Malaysia kaya dengan makanan.

Rakyatnya bukan mati kerana kekurangan, tapi terlebih!

Kemas pula lepas tu. Basuh mistin sangat-sangat sukar. Mana tidaknya, permukaannya penuh jelaga hitam. Dengan kekreatifan kami pun menggunakan tanah dan daun untuk membersih.
Masa memasak dan mengemas hanya sekitar 1 1/2 jam sahaja!

BERKUMPUL DI SURAU

Selepas itu kami perlu bersegera ke surau, sebelum pintunya dikunci. Sesiapa yang terlambat selepas itu, akan di rotan!

Rotan bukan pembaris biasa, tapi kayu rotan. Dihayun dari atas hinggap terhinggap ditangan.
Aduh...sakitnya!

Selesai solat maghrib, mathurat wajib di baca. Ketika itu kami berasa tenang sedikit. Tiada lagi kekalutan selepas itu. Berkumpul mengikut kumpulan usrah dan mengadakan perbincangan. Kalau dapat naqibah yang best, best lah ketika itu.

Aktiviti malam biasanya akan berlarutan sehingga 11.30malam. Bagi penulis, waktu itu sangat lambat untuk tidur. Waktu yang optimum adalah sekitar 9-9.30malam sahaja. Selebihnya akan sukar untuk melelapkan mata.

Bila payah nak tidur, mulalah buat bising dan main di dalam dewan tempat tidur. Barulah ada masa yang kami nak bersuka ria. Biasalah budak2. Tak dapat dipisahkan dengan main. Main dan kanak-kanak sudah sebati.

Lantai dewan itu adalah kayu. Apabila berlari maka akan bunyi bising. Ianya mudah dikesan oleh muallimah. Setelah diberleter panjang kerana dimarahi bermain, kami lena juga akhirnya.

Tepat jam 4.30 pagi, semua dikejutkan untuk bertahajjud. Mata bengkak-bengkak belaka. Iya lah tidur lambat.

Ketika itu, semua dapat rasakan perut yang memulas. Sakek kawe...!

Bakpo?

Herm..agaknya sebab makan nasi mentah, cili boh tak masak...kut.

Dengan air yang sangat dingin ketika itu, semuanya turun malas2 mempersiapkan diri.
Ketika tahajjud, rasanya imam saja yang buka mata. Yang lain2 semuanya tertutup.

Badan berdiri.

Fikiran entah kemana.

Setelah dibenarkan oleh muallim untuk pergi ke tandas, banyak yang berpusu2 keluar. Kebanyakkan pergi ke tandas.

Dek kerana rasa keadaan yang tak selesa, penulis bersama beberapa orang sahabat pergi semula ke tempat tidur kami tadi untuk mencari ketenangan.

Bagaimana?
Apalagi? Tidurlah....zZZZzz...

Sehinggalah masuk waktu subuh, kami terjaga dan hanya bersolat jamaah dalam bilik tu saja. Malas nak naik surau. Bukan apa, angin kerap saja nak keluar. Sebab, makan tak betul pada petang semalam. Kerap kena ke tandas.

TERTANGKAP

Solat kami pun dalam gelap, bersuluhkan lampu picit sahaja. Di bimbangi muallimah sedar dengan ke'ponteng'an kami.

"Mana kakak-kakak...bla...bla...(nama sahabat ana di sebut satu-persatu)?" kedengaran suara Muallimah Aliah di luar bilik kami.

Kami kehilangan suara. Opsss! Muallimah dah dapat kesan...

Kami tahu apa yang kami buat salah. Tapi, terpaksa. Ceih!

Akhirnya kami beralah setelah pintu diketuk. Pintu dibuka juga akhirnya. Tapi, ketika itu kami tidak dimarahi. Rasanya, muallimah hanya bimbang kehilangan kami. Itu saja. Setelah melihat semua yang 'hilang' sementara di surau tadi ada disini, muallimah berlalu pergi.

Fuhhhh, nasib baik.

Kemudian, kami bersiap untuk makan pagi pula. Pagi2 hanya nyalakan api untuk memasak air teh. Tak rumit macam petang semalam.

Dan setelah semuanya selesai, ada pula perjumpaan persatuan pada hari itu. Memang merimaskan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!