Ajal Maut Allah Tentukan


Kematian itu sesuatu yang pasti.

Sesuatu yang bernyawa pasti akan merasakan kematian.
Apabila mulut sudah melafazkan syahadah, maka terbinalah sebuah kepastian untuk mengimani qada' dan qadar Allah, iaitu rukun iman ke-6.

كُلُّ نَفسٍ ذَآئِقَةُ المَوت
"Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian."

(Surah Ali-Imran, ayat 185)

Satu kematian yang mengejutkan baru tiba.

IKAN!

Iya, sampai saja di rumah, saya mengintai akuarium, dan didapati ikan sudah mati!
Ikan yang sudah dibela selama kira-kira 5 tahun menemui ajalnya.
Terkejut?
Tak sangat.

BUKAN TIBA-TIBA

Kebiasaannya, kematian tidak berlaku tiba-tiba. Kecualilah kalau kemalangan jalan raya.
Kematian berlaku setelah beberapa tandanya kelihatan, seperti ikan. Sudah seminggu++ ikan dalam keadaan 'nazak'. Nama lainnya nyawa-nyawa ikanlah. Dia asyik terbalikkan badan dan buat aksi-aksi maut seperti tidak mahu makan sepanjang masa 'sakit'.

 Mengambil udara segar!

Manusia tumbuh uban, kesihatan terjejas, mata makin kabur, kudrat pun berkurangan dan sebagainya.
Tapi, ada lagi manusia yang tidak ambil endah dengan 'tanda' yang telah di tunjukkan oleh badannya bahawa dia akan di jemput Allah pada bila-bila masa.

SEBAB MUSABAB

Setelah difikir semula, owh...!
Saya terlupa memberi ikan makan selama 2 hari berturut-turut kerana keletihan sedikit luar biasa. Lupa, lupa terus.

"Alamak, ikan dah pucat!"

Itulah perkataan pertama di sebut setelah menyedari ikan dalam kelaparan. Lantas tanpa berlengah, makanan diberi kepada ikan. Dan, setelah di beri, 'dia' tak mau makan jugak!
Merajuk agaknya.
Selepas itu hinggalah hari kematian ikan, dia langsung tak makan.

Detik-detik sebelum kematian

Ajaib bin Hairan, ketika penulis dan seluruh anggota keluarga pulang ke kampung, ikan tidak mati walaupun tidak di beri makan lebih 3 hari.
Hanya pucat sedikit dan masih segar bugar!

Di sini, bolehlah kata dia mati sebab tak makan. Tetapi itu bukanlah sebab utamanya.
Ajal maut di tangan tuhan.

Itulah takdir.
Sebab itu hanyalah menyebabkan manusia lupa tentang tugas malaikat maut yang mencabut nyawa, juga daripada perintah Allah yang maha kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!