Di Island Hoping - Gerabak Mlmh Che Mahani |
"Apa pulak yang tak sedap tu?" penulis bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Tadi, masa sebelum keluar rumah, ana gaduh dengan mak," balas Azah, ringkas.
"Aik, kenapa gaduh?" penulis kehairanan.
"Macam ni...," dia memulakan cerita.
Ceritanya tidak penting untuk dikongsikan di sini. Apa yang penting adalah belajar memahami dan menyelami perasaan seorang ibu, terutamanya ketika menghadapi tahap sensitif yang tinggi.
Kebanyakan anak ketika semakin meningkat dewasa lebih menganggap ibu bapa kurang memahami situasi mereka. Mungkin kerana situasi dahulu tidak sama dengan zaman ini, boleh jadi.
KE ASRAMA
Saya dihantar ke asrama di sebuah sekolah swasta. Sekolahnya terletak di dalam kampung, jauh daripada kebisingan hiruk pikuk bandar.
Dalam fikiran saya, tidak langsung terbayang asrama se'tragis' seperti yang realiti.
Saya selalu mengimaginasi asrama seperti asrama-asrama SMKA, berlantai jubin, dinding bercat kemas, tandas selesa untuk di gunakan dan pelbagai macam lagi. Namun, segala harapan saya musnah apabila melihat asrama yang tidak kemas, lantai yang berlubang-lubang, tanda yang menggerunkan dengan pelbagai cerita-cerita hantu.
Kesannya, saya tak lalu makan!
Begini rutin saya - Pagi makan roti, masuk kelas tidur, balik sekolah tidur, malam di kelas prep pun tidur dan ketika waktu tidur pun tidur.
ROTI- satu-satunya makanan survival hidup saya sepanjang 2 minggu pertama berada di asrama!
Makanan sedap, tapi tunas lidah saya seakan hilang rasa.
Bukan itu saja, pembelajaran pun tak dapat tumpu dengan baik dek kerana terkenangkan ayah dan ibu di rumah.
"Macam mana enti duduk asrama? Kalau analah, tak nak, tak tahu apa jadi kat mak dengan ayah kat rumah...," seorang rakan sekelas berkata.
Kata-kata ini nampak selamba, tapi meninggalkan kesan psikologi yang mendalam!
Ketika tingkatan satu, setiap individu seperti penulis juga mesti terasa bahang untuk berpisah tempat tinggal sementara dengan ibu bapa. Jangan kerana dahulu ibu bapa menghantar kita duduk asrama, dan akhirnya kita pulak hantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua sebagai balasan meninggalkan kita dahulu!
Namun, perasaan ingin sentiasa berdamping dengan ibu bapa berkurangan sedikit demi sedikit. Iyalah, tak kan dah sampai tua nak duduk dengan ibu bapa lagi, kan?
Anak mengikut apa yang dilihatnya
JIWA MEMBERONTAK
"Kadang-kadang, kak Rah rasa macam tak mau balik rumah, duduk asrama lebih seronok!" kata seorang senior berkongsi pengalamannya yang lebih lama suatu petang.
"Mana taknya, balik rumah kena leter, marah, kena kontrol, pastu macam-macam lagi kena..," sambungnya lagi.
Ketika itu, saya tak pasti apakah 'seronok'nya menginap di asrama berbanding di rumah. Setelah dapat membiasakan diri dengan rutin di asrama, perasaan itu kadang-kadang 'wujud' juga. Jiwa remaja yang suka memberontak dan tidak suka dikawal seperti mana kanak-kanak sebelumnya mungkin mendorong keseronokan di rumah berpindah ke asrama.
Asrama penuh dengan rakan sembang, meluah rasa. Tidak seperti di rumah bagi ibu bapa yang selalu sibuk dengan urusan masing-masing saja. Kadang-kadang muncul dalam benak pelajar asrama seperti tidak mahu pulang ke rumah.
Ketika pulang ke rumah, sudah berani melawan kata-kata ibu bapa!
Nasihat permata yang berharga daripada ibu dikatakan leteran. Pertanyaan khabar tentang perkembangan anak oleh bapa di anggap menyibuk. Pengawalan penggunaan kemudahan internet, telefon bimbit dan keluar bersama rakan-rakan ketika malam hari di rasakan di kongkong.
Serba tidak kena.
Fitrah, semua individu yang normal akan berasa demikian. Cuma, ianya akan dibatasi kelakuannya jika ada penanaman fahaman Islam yang kukuh dan mantap. Itulah keperluan ibu bapa memberi pendidikan agama kepada anak-anak sebelum tiba usia yang kritikal dan tidak dapat di kawal lagi.
Ibu bapa tidak lagi mampu memukul, memarahi dan menghalang seperti di zaman kanak-kanak.
Mereka kuat fizikal daripada ibu bapa.
Anak adalah fitrah-ibu bapalah yang mencoraknya
BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH KUIHNYA
Ketika fasa remaja dan seterusnya, zaman inilah akan menguji keberkesanan pendidikan agama dan faham tentang perintah, suruhan dan larangan Allah. Namun, ingatlah jika pembaca adalah remaja, jangan menunding jari kepada ibu bapa kerana kesalahan mereka tidak memberi pendidikan agama yang menyeluruh, tetapi muhasabah diri terlebih dahulu.
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا رَّبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمۡۚ إِن تَكُونُواْ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُ ۥ ڪَانَ لِلۡأَوَّٲبِينَ غَفُورً۬ا
" Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah Al-Isra', ayat 23-25)
Allah menyeru anak-anak agar berkata dengan kalimah yang baik kepada ibu bapa terutamanya apabila mereka sudahpun beransur tua. Jangan sesekali berkata 'ah'.
Jangan meninggikan suara seperti membantah, herdik dan tengking.
JASA IBU BAPA
Ketika kita mula-mula mencelikkan mata, apa yang kita mampu lakukan?
Menangis, tidak lebih dari itu.
Makan, pakai, tidur, sakit, penat, semua itu diuruskan dengan sempurna oleh ibu bapa.
Memelihara segala keperluan, kasih sayang sehingga kita dewasa, sehingga mengerti erti hidup.
Mengandungkan selama 9 bulan 10 hari serta menanggung pelbagai risiko ketika menumpangkan kita di rahimnya tanpa keluh kesah.
Tidakkah itu satu jasa?
Renungkan sebuah sabda baginda SAW:
Nampak?
Pahala berbuat baik kepada ibu bapa setaraf dengan berjihad pada jalan Allah.
Manakala berjihad pada jalan Allah tidak lain tidak bukan mendapat ganjaran syurga, nikmat yang kekal abadi.
DERHAKA
Derhaka biasanya kita tafsirkan macam kisah si tenggang gitu.
Tapi, kita tak tahu tahap 'kesesitifan' ibu bapa kita.
Terutamanya ibulah. Ibu kan perempuan. Perempua selalunya mudah terasa walaupun kita rasa benda itu remeh. Yang remeh tak semestinya temeh!
Kalau lah hidup kita tak dapat keredhaan ibu bapa, tentunya tak dapat keredhaan Allah. Apa guna hidup kalau tak dapat keredhaan Allah.
Balik-balik nerakalah jawabnya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Anda masih ada ibu?
Masih ada bapa?
Jangan sia-siakan pahala free daripada Allah!
Jangan meninggikan suara seperti membantah, herdik dan tengking.
JASA IBU BAPA
Ketika kita mula-mula mencelikkan mata, apa yang kita mampu lakukan?
Menangis, tidak lebih dari itu.
Makan, pakai, tidur, sakit, penat, semua itu diuruskan dengan sempurna oleh ibu bapa.
Memelihara segala keperluan, kasih sayang sehingga kita dewasa, sehingga mengerti erti hidup.
Mengandungkan selama 9 bulan 10 hari serta menanggung pelbagai risiko ketika menumpangkan kita di rahimnya tanpa keluh kesah.
Tidakkah itu satu jasa?
Renungkan sebuah sabda baginda SAW:
عن عبدالله بن ابن مسعود قال,سألت رسولالله صلى الله عليه وسلم :أي العمل أحب إلي الله؟ قال :الصلاة على وقتها.قلت: ثم أي؟ قال بر الوالدين. ثم أي؟ الجهاد في سبيل الله
"Daripada Abdullah bin Ibnu Mas'ud R.A., aku bertanya kepada Rasulullah SAW : Apakah amalan yang paling di sukai oleh Allah SWT? Rasulullah bersabda : Solat pada awal waktu. Aku bertanya lagi : Selepas itu? Baginda menjawab : Berbakti kepada ibu bapa. Aku bertanya lagi : Selepas itu? Baginda menjawab : Berjihad pada jalan Allah."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nampak?
Pahala berbuat baik kepada ibu bapa setaraf dengan berjihad pada jalan Allah.
Manakala berjihad pada jalan Allah tidak lain tidak bukan mendapat ganjaran syurga, nikmat yang kekal abadi.
DERHAKA
Derhaka biasanya kita tafsirkan macam kisah si tenggang gitu.
Tapi, kita tak tahu tahap 'kesesitifan' ibu bapa kita.
Terutamanya ibulah. Ibu kan perempuan. Perempua selalunya mudah terasa walaupun kita rasa benda itu remeh. Yang remeh tak semestinya temeh!
Kalau lah hidup kita tak dapat keredhaan ibu bapa, tentunya tak dapat keredhaan Allah. Apa guna hidup kalau tak dapat keredhaan Allah.
Balik-balik nerakalah jawabnya.
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : أن رسول الله صلي الله عليه وسلم : ثلاثة حرم الله تبارك وتعالى عليهم الجنه. مدمن الخمر, العاق والديوث الذي يقر في أهلي الخبث
"Daripada Abdullah Bin Umar R.A. berkata : SAbda Rasulullah SAW : 3 golongan yang di haramkan keatas mereka syurga iaitu peminum arak, orang yang menderhaka (kepada ibu bapa) dan orang yang dayus membiarkan kejahatan berlaku dalam keluarganya."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Seperti mana dialong di permulaaan catatan tadi, pergaduhan antara ibu dan anak akhirnya menghasilkan rasa gelisah dalam diri anak. Mungkin pergaduhan seperti itu tidaklah sehingga menderhaka, tetapi telah meninggalkan kesan. Bagaimana pula kalau benar-benar derhaka, dan ibu bapa meninggal dunia sebelum sempat meminta maaf?
Minta dijauhkan Allah.
Renungi ini kalam Junjungan kita SAW :
"Daripada Abu Hurairah R.A., daripada Rasulullah SAW bersabda : Sungguh kecewa, sungguh kecewa dan hina sesiapa yang ada padanya kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya sampai tua tetapi dia tidak masuk syurga."
(Hadis Riwayat Muslim)
Anda masih ada ibu?
Masih ada bapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!