Ustaz, Oh Ustaz....


"Ustaz, boleh pelankan sikit lagu dalam bas ni?" kata Anis, pekat loghat Kedahnya.

"Kejap, kejap," kata Ustaz Udin (bukan nama sebenar) yang usianya dalam lingkungan pertengahan 20-an itu.

Ustaz Udin berlalu ke bahagian hadapan bas. Kami, banat, berada di bahagian belakang. Lagu yang dipasang tidak berhenti, malah berulang-ulang pula putarannya setelah lengkap satu album dimainkan.

Perjalanan ke Terengganu Darul Iman dari Pulau Pinang memakan masa lebih kurang 10 jam. Maka, dalam masa 10 jam itulah telinga peserta dicemari dengar lagu-lagu yang tidak bermoral itu.

"Mungkin pemandu bas ni punya lagu kut. Pemandu tu yang tak mau tutup," saya bersangka baik.

Itulah senario yang berlaku dalam tanah air kita ini. Ketika itu, saya menyertai kem Falak anjuran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Manakala, guru pengiringnya terdiri daripada kalangan para ustaz yang bekerja di situ.



SUDAH PUPUSKAH PEMUDA KITA?

Sesungguhnya, telah berjayalah agenda Zionis.

Mereka mengambil tindakan untuk menjauhkan pemuda Islam daripada menghayati al-Quran dan as-Sunnah supaya umat Islam lupa pada perjuangan.


Setelah serangan tidak menampakkan hasil, mereka meminda strategi baru dengan menghilangkan pemahaman Bahasa Arab dalam kalangan pemuda dan pemudi.
Tunjang keislaman menjadi lemah kerana al-Quran itu berbahasa Arab.

Kelemahan dalam memahami agama menyebabkan muslimin menjadi lupa, lalai, alpa dan leka.

Lupa pada ganjaran syahid fi sabilillah.

Lupa pada diri dan tujuan hidup yang sebenarnya.

Lupa tanggungjawab terhadap agama.


Usamah bin Zaid mengetuai peperangan menentang Rom ketika di awal usia.
'Ali bin Abi Talib memperjudikan nyawa menggantikan tempat tidur Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah.
Abdullah bin Abbas menghafaz hadis-hadis Rasulullah SAW ketika baru berusia 10 tahun.
Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluki kota Konstantinople di Byzantine seawal umur 20-an.
Salahuddin al-Ayubi berjaya menawan Bait al-Maqdis juga pada usia 20-an.

Pemuda-pemuda seperti mereka sibuk mempersiapkan diri untuk menegakkan syi'ar dan deen al-Islam di muka bumi ni.

Pemuda kini?

Sibuk juga. Malah lebih sibuk lagi.

Sibuk bergosip di warung kopikah?

Sibuk apa?

Sibuk melayan nafsu yang tidak pernah puas. Leka. Tidak sedarkan diri bahawa dirinya akan bertemu ilahi pada bila-bila masa.

Bercinta, putus. Sambung, putus.
Itulah kerja masyarakat pemuda-pemudi kini. Yang lelaki mencari perempuan, yang perempuan pula sibuk memikat dan menggugat keimanan seorang lelaki.

Sebab itulah menyebabkan agama Islam yang dahulunya agama yang gah di mata dunia, kini tamadunnya setinggi reban ayam kalau nak dibandingkan dengan tamadun di zaman Umar square.

Kalau disingkap daripada sejarah, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga berpunca daripada hal ini. Hal jauhnya umat Islam daripada penghayatan al-Quran dan sibuk menikmati kenikmatan dunia.


HEDONISMA MERESAP DI SEKITAR KITA

Hedonisma adalah budaya yang inginkan keseronokan dalam hidup, tanpa mengira batas-batas syarak. Tanpa mengira halal ataupun haram. Tanpa mengira apakah ia datang dari Rasulullah SAW ataupun dari syaitan durjana, asalkan kegembiraan itu dapat dicapai.

Andai couple, cinta yang rendah darjat, seks bebas itu menyeronokkan, itulah yang mesti dilakukan!
Andai mendengar lagu itu mendatangkan keseronokan, maka itu sesuatu yang wajib dan boleh dilakukan.

Na'uzubillah.

Bukan cinta pada yang Esa, tetapi sesama manusia bersilang jantina menurut hawa nafsu iaitu jauh daripada cara yang dibenarkan syarak.

Dah pulak tu suara PEREMPUAN!
Bukankah haram didengari oleh lelaki ajnabi?

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."

(Surah Al-Ahzab, ayat 32)

Lagu mana yang tidak melembut-lembutkan suara?

Ya, lagu yang membingitkan gegendang telinga, membengangkan otak, meleburkan jantung, memanaskan cuping telinga dan menyeksa jiwa di putarkan pada radio dalam bas.

Senikatanya pula jelas didengari. Kuat bagai mahu memutuskan saraf auditori dan melemahkan peritalsis pada saraf. Entahlah Allah SWT redha atau tidak dengan perjalanan itu. Moga diampuni oleh Allah.
Iyalah, mana tidaknya. Langsung tiada unsur ketuhanan ataupun nasihat dan peringatan.

Perjalanan bukan sejam dua. Tapi 8-9 jam.
Ketika dalam bas, rasa juga betapa nikmatnya orang yang tiada telinga atau mempunyai masalah pendengaran.

Jiwa dan rohani terus parah. Terpenjara ibadah dalam maksiat.

Programnya baik, untuk menghayati kebesaran Allah dan ciptaannya, tetapi muqaddimahnya jauh menyimpang.

JANGAN CEMARI PROFESION 'USTAZ'

Rasanya, bas yang dicatar akan mengikut kehendak penumpang.
Fahaman liberal memang sudah parah. Terutamanya dalam kalangan ahli agama sendiri.

Langsung tidak menghormati agama. Boleh juga dikatakan mencalarkan maruah agama.
Dan bahasa sengkeknya boleh membawa FITNAH pada agama Islam.

Itulah realitinya. Kalau sekadar bercinta sahaja boleh tahan. Tetapi, kalau dah bercinta duk rindu-merindu pulak. Itulah lahirnya lagu-lagu yang tak senonoh dan menjadi bunyi pilihan untuk singgah di telinga. Ke mana hilangnya pedoman dan sumber rujukan Islam yang PERTAMA dan UTAMA, al-QURAN?

Bukankah lebih manis kalau menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai perkataan utama untuk didengari?

Bersama ahli kumpulan ketika pembentangan sebelah malamnya

Seperti dialog di awal catatan tadi, bersangka baik hilang serta merta.

Satu pagi ketika latihan dalam kumpulan (LDK) berlangsung, tiba-tiba telefon bimbit ustaz Udin berbunyi.

'Panggilan masuk handphone peserta, barangkali.', detik dihati, pada mulanya saya masih bersangka baik.

Namun, hampir 5 minit muzik lagu yang didengari itu tidak henti-henti. Lagu yang dimainkan itu seperti saya pernah mendengarnya. Semua liriknya seolah-olah sudah diingati. Saya mendengarnya ketika dalam perjalanan, radio bas yang kami naiki dari Pulau Pinang semalam.

Tanpa segan silu, ustaz Udin mengeluarkan handphonenya dan memainkan lagu syaitan itu di hadapan kami. Sambil mengikut rentak lagu dan menghayatinya.

Itu ustaz. Ustaz yang belajar agama. Kalau orang lain, bagaimana?


Pagi itu mood saya rosak!

Orang agama dah kabur tujuan hidup?

*Mohon maaf atas segala entri yang terdapat pada catatan ini. Moga-moga dapat di ambil pengajaran dan peringatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!