Ibrah daripada Sistem Pembahagian Sel

Modul Biology I setelah dipartitionkan


"Nana (bukan nama sebenar) , dah ulangkaji biology?" sapaan pertama ketika sampai ke bilik kepada roomate saya.

"Herm, kenapa? Ada kuiz ke esok?" tanyanya yang kehairanan.

"Tak ada la. Cuma, tadi kat kelaskan kita banyak belajar pasal terms yang baru. Nanti lupa pulak kalau tak tengok balik," saya sengaja, untuk mencari mood study setelah kepenatan memerah otak ketika kelas matematik tadi.

"Alaa, macam tak tahu pulak. Nanakan tak pernah studi awal-awal," balasnya, sambil mengerutkan dahi.


PROSES PEMBAHAGIAN SEL

"Rupa-rupanya, dalam sel kita ada pengawal yang membenarkan atau menangguhkan cell divison," monolog seorang diri ketika membaca isi buku Biology Campbell 9th International Edition sambil berbaring di atas katil.

Ketika di tingkatan 4, pelajar aliran sains didedahkan dengan pembahagian sel (mitosis) yang sangat teratur dan tersusun prosesnya. Ianya berperingkat-peringkat bermula daripada Prophase, Metaphase, Anaphase dan Telophase. Cytokinesis akan menyusul kemudian.

Sebelum berlaku proses mitosis, terdapat juga proses yang dinamakan Interphase yang terdiri daripada G1, S phase dan G2 phase. Sebelum sel dapat meneruskan proses-proses berikutnya, mereka berhenti di setiap checkpoint yang wujud di antara dua proses. Patuh.

Analogi secara mekanikal untuk sistem pengawalan kitaran sel
- rujuk campbell edisi ke 9, m/s 285

Di checkpoint G1, jika sel menerima arahan untuk meneruskan perjalanannya, sel itu akan masuk ke peringkat berikutnya. Semestinya, apabila sel tak dapat arahan untuk meneruskan perjalanan, dia akan keluar daripada kitaran sel, G0, iaitu dalam keadaan rehat daripada proses pembahagian.

Sistem kawalan ini juga terdiri daripada cyclin dan cdk untuk membentuk mitosis promoting factor (MPF) yang membenarkan proses pembahagian sel berlaku.

"Jadi, sir, how cyclin and cdk know that they must to combine to produce MPF? Who control this control system?" Aisyah membangkitkan persoalan dengan rancak ketika kelas biologi kumpulan 49 di SMAWP 3.

"By the will of Allah, " balas sir Azyril Iskandar, ringkas dan bermakna.


TELADAN, SEL ITU DALAM DIRIMU

Subhanallah. Sungguh cantik dan teratur indah apa yang telah Allah ciptakan. Itulah sel. Sel yang akhirnya membentuk organisma seperti kita. Mengapa apabila menjadi organisma kompleks, kita boleh bertangguh kerja, malas, tidak tersusun urusan, tidak mahu bekerjasama dan bermusuhan sesama sendiri?

Apakah yang akan berlaku andainya cyclin bergaduh dengan cdk, ataupun apakah gunanya andai signal di setiap checkpoint menunjukkan lampu hijau, tetapi sel kita malas untuk meneruskan langkahnya?

Jika kita benar-benar memahami konsep ibadah,
tiada lagi fenomena studi last minit!


Kita kadang-kadang ada turun naik semangat untuk belajar. Contohnya, ketika peperiksaan, keazaman memuncak. Tetapi dalam keadaan lain, kita tidak mampu mentelaah apatah lagi menghayatinya. Mengapa kita kehilangan kekuatan itu? Bukankah belajar itu satu ibadah?

Apakah ibadah itu perlu bermusim?

Apakah belajar itu dinilai sebagai ibadah andainya belajar itu hanya untuk mendapat A+ ketika peperiksaan?

Apakah tidak rugi andainya kita belajar 2 jam untuk peperiksaan semata-mata, sedangkan orang lain menggunakan masa 2 jam itu beribadah dan belajar serentak dalam satu masa?

2 ulasan:

  1. taqabballahu du'a enti :)
    asiah,.mabruk alaik! hampa da bjaya mmbuat 'hangku' tertarik t0k bace bl0g hampa..huhu.
    kpd nab>>anda telah di'femes'kn oleh asiah..huhu

    BalasPadam
  2. @ hangku

    Barakallahulana!

    *p/s : gambar tu rasanya tak nampak muka orang kan?

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!