Satu ketika, saya bermain-main dengan kucing dan meletakkannya di atas riba. Kemudian, saya terus bersolat tanpa menukar baju yang lain.
"Tadikan ampa pegang miau?" seorang sahabat saya kehairanan.
"Ha'a. Kenapanya?" sengaja saya bertanya, buat-buat tidak mengerti maksudnya.
"Mesti ada lekat bulu kucing, kan? Najis tu," katanya dengan yakin.
"Tak adalah. Sisa minuman kucing pun suci, apatah lagi bulu dia!" saya teringat tentang isi yang tertulis mengenai masalah sisa kucing dalam buku Sayyid Sabiq.
KISAH ABU QATADAH
Sisa kucing adalah suci berdasarkan hadis Kabsyah Qatadah suatu ketika masuk rumah, Kabsyah menyediakan air minuman. Tiba-tiba datang seekor kucing meminum air itu, dan Abu Qatadah pun memiringkan mangkuk itu hingga kucing itu dapat meminumnya.
Maru adalah spesis scottish Fold |
"Apakah engkau terkejut, wahai anak saudaraku?" tanya Abu Qatadah kerana melihat Kabsyah memerhatikannya.
"Ya," ujarnya.
"Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, 'kucing itu tidak najis, ia termasuk binatang yang berkeliling dalam lingkunganmu'," kata Abu Qatadah, memberi hujah.
(Hadis Diriwayatkan Yang Berlima. Kata Tarmizi : Hadis ini hassan sahih. Juga dinyatakan oleh Bukhari dan lain-lain)
Wallahu'alam.
*rujukan : Fiqh Sunnah, Jilid 1, Sayyid Sabiq, mukasurat 30, terbitan 1981
assalamualaikum, berkenaan hukum bulu kucing ini saudari ada buat perbincangan dengan pakar fiqh tak? Ana pernah berbincang dengan Ustazah Syariah masa ana di peringkat menengah dahulu, katanya..sepakat ulama' mengatakan bulu kucing akan jadi najis jika banyak melekat, tetapi tidak akan menjadi najis jika hanya sedikit sahaja terlekat di kain..kira dalam usul fiqh yang bab ihtihsan itu.
BalasPadamRasanya tidak adil jugalah dihukum keseluruhannya sebagai tidak najis, sekadar berpesan..berkenaan hukum ini, elok saudari merujuk ulama', letakkan huraian dan pendapat ulama' sekali..takut ramai pula yang terkeliru, wallahualam, asif jiddan..
@ Shirou,
BalasPadamWa'alaikumussalam.
Bab bulu kucing ni memang tetap ada perselihan di kalangan ulama' fiqh. --(memang tak ada kata putus)
Apa yg ana tulis ni berdasarkan dalam fiqh Sunnah, karangan SYIEKH Sayyid Sabiq. Sebab itu disertakan rujukannya sekali.
Apapun, Islam itu agama yang mudah. Tetapi bukan boleh ambil ringan terhadap sesuatu perkara. Kalau kita ambik pendapat yg najis (meskipun satu helai bulu), kita yang akan mengalami kesusahan.[kalau utk org yg tak suka pegang kucing tak jadi masalahlah]
Wallahu'alam.
hrmmm...yup, Islam itu agama yang mudah cuma kita janganlah pula ambil mudah.
BalasPadamSetuju dengan saudari berkenaan akan menjadi suatu perkara yang menyusahkan pula kepada mereka yang suka bermain dengan kucing ini. Cumanya tidak eloklah kita terus memberi kesimpulan dalam hukum ini ya..
Berkenaan hal yang ana nyatakan itu, ulama' dah sepakat dalam ijmaknya..ini cerita ulama' sukuti dan ulama' sarih, berkenaan hukum yang disepakati namun tetap menghormati mereka yang berlainan pendapat dengan mereka..
Pendapat ana, jangan terlalu mudahkan dan jangan terlalu menyusahkan, ada hadnya..wallahualam..~
Sekadar berpesan,
Ana bukanlah sang malaikat, bukan jua si penjahat, hanyalah mereka yang mencari rahmat, untuk menuju ke negeri akhirat..~