Popia Goreng & Kuah Tumis



INTI
Bahan-bahannya:
1 pinggan makan taugeh
1 biji sengkuang (saiz sederhana)
2 batang lobak merah
1 genggam ikan bilis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara membuatnya:
1) Tumbuk ikan bilis & bawang
2) Potong sayur nipis2 dan memanjang
3) Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk
4) Masukkan karot & sengkuang. Kemudian taugeh
5) Toskan sambil biarkan inti sejuk

KUAH
Bahan-bahannya:
15 biji cili kering - dipotong & direndam air panas
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap manis
1 keping manisan / gula perang
Gula & garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1) Kisarkan cili kering & bawang besar, bawang putih
2) Tumis sampai garing / pecah minyak
3) Masukkan kicap, gula & garam

KULIT
50 keping kulit popia
Sedikit tepung gandum dicampur air
Gulungkan, basahkan hujung kulit dengan tepung gandum yg dicampur air utk lebih mudah melekat.

Japanese Cotton Cheese Cake


BAHAN-BAHAN & CARA MEMBUATNYA

50g Buttercup (salted)
250g krim keju
100-200 ml susu segar
Campur & cairkan semua bahan di atas menggunakan kaedah double-boiler. Biarkan sejuk

60g tepung gandum + serbuk penaik
20g tepung jagung
1/2 sudu garam
Ayak & campur semua bahan. Masukkan kedalam larutan keju

6 biji telur kuning
1 biji lemon (perah jusnya)
Masukkan ke dalam adunan di atas

140g gula halus
6 biji telur putih *pastikan tiada percampuran dengan telur kuning
Pukul sehingga membentuk meringue - adunan tidak jatuh sekiranya anda membalikkannya. Tambah gula sedikit demi sedikit

Akhirnya
- Campurkan meringue dengan adunan asal tadi sikit demi sedikit.
- Panaskan oven
- Griskan loyang dengan butter & taburkan sedikit tepung
- Letakkan air di dalam oven
- Bakar sekurang-kurangnya selama 1 jam

Membuat Gigi Palsu Untuk Dummies - 2

[Artikel ini bersambung dari siri lepas]

Selesai memperbetul susunan gigi, kini denture ini menunggu untuk diukir bentuk gusi pula
(Gambar selepas diukir adalah hakcipta abadi penulis, jadi tak diupload di sini)

Telahpun menjadi lumrah kehidupan, semakin banyak yang didedahkan, semakin banyak pula selok beloknya. Cuba kita ingat kembali zaman tadika. Hanya tahu sebut huruf A hingga Z. Dan akhirnya kita menyambung huruf-huruf itu menjadi satu perkataan. Pada awalnya seperti tiada signifikan, tetapi lama-kelamaan fahamlah kita barisan ayat dibentuk adalah untuk bekalan makna fasa pembelajaran yang seterusnya...

Ok falsafah ABC tamat di sini, saya nak kongsi sambungan membuat denture (gigi palsu) penuh ini. Dalam artikel ini saya akan cuba meringkaskan langkah-langkah supaya mudah difahami.

Kek Coklat Kukus

[Dah banyak orang lain post resipi di blog-blog dan fb. Alhamdulillah memang senang jadi kek ni. Saya pun dah cuba buat.]
Tak sempat nak tangkap gambar cantik-cantik, dah kena makan!

BAHAN-BAHAN
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan buttercup
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
3 biji telur (siap dipukul)

Membuat Gigi Palsu Untuk Dummies - 1

Tunjuk ajar dari para technician yang dedikasi.
Lokasi: Makmal plaster, Kulliyyah of Dentistry, UIAM
Tahukah anda? Gigi palsu penuh (complete denture) yang dibuat untuk mereka yang langsung tiada gigi (edentulous) mempunyai beberapa langkah yang panjang. Oleh itu, tidak hairanlah proses pembuatannya mengambil masa yang lama. Walaupun di klinik swasta, biasanya memakan masa 1 bulan.

Dalam subjek prosthodontics, kami mula berjinak-jinak dengan proses pembuatan gigi palsu penuh ini. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti langkah-langkah ini.

Untuk memudahkan bicara, apa kata bayangkan anda seorang pesakit yang nak buat gigi palsu penuh ini. Anda datang ke klinik gigi. Apa yang doktor akan buat?

Sekurang-kurangnya, anda memerlukan 4 kali lawatan!

Rawatan Pergigian Untuk Dummies - 1

Barang-barang di makmal simulasi akan menjadi hak milik kami
sepanjang satu tahun bermula hari inventori
Post kali ini, saya nak bercerita tentang aktiviti/rawatan yang berkaitan subjek cons yang kami buat sepanjang blok 1 tahun 2. Rawatan-rawatan yang melibatkan cons ini biasanya akan menggunakan senjata utamanya, iaitu handpiece.

Semasa kali pertama dapat tekan pedal suis handpiece, memang mengujakan. Main sembur air, sembur angin. Sembur angin kat muka sendiri, sembur kat muka kawan sebelah! Maklumlah, benda baru dapat sentuh. Dulu pernah tengok di klinik je, tak berani nak pegang-pegang pun, apalagi nak main picit-picit. Sekarang akhirnya bertemu peluang, sudah pasti tidak dilepaskan.

Apa yang menjadi tulang belakang proses pembelajaran subjek ini ialah... gigi-gigi orang yang dikutip dari klinik. Ya, gigi yang asli. Setiap pelajar perlu menyediakan sendiri gigi yang sesuai untuk latihan sebelum tiba masanya. T.T

32 Batang Gigi, 5 Tahun Belajar ?!

Model ini diperbuat daripada gypsum
(Kredit: Senpai tunic merah)
"Apalah yang mereka belajar, sampai 5 tahun."

"Gigi cuma ada 32 batang. Kalau 32 bahagi 5, sama dengan lebih kurang 6-7 batang gigi setahun. Satu tahun belajar 6 batang gigi?"

Tiba-tiba di tahun pertama lagi, semua pembelajaran tentang anatomi gigi sudah lengkap. 16 batang gigi (darab 2; kanan dan kiri) hanya dihabiskan dalam masa setahun!

Hmmm... tinggal apa lagi untuk tahun 2, 3, 4 dan 5 nanti?

Resipi Puff Krim (Cream Puff)

Adunan ini anggaran hidangan untuk 5-7 orang

ROTI PUFF

Bahan-bahan
250g air kosong
100g buttercup/minyak sapi
125g tepung gandum
3 biji telur
Sedikit garam

Cara membuatnya
1) Masukkan air kosong dan buttercup ke dalam kuali, nyalakan api. Gaul hingga mendidih (tetapi jangan sampai tersejat airnya)
2) Kecilkan api. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati, kemudian tutup api.
3) Biarkan hingga adunan sejuk.
4) Pukul telur hingga sedikit kembang. Masukkan ke dalam adunan yang telah sejuk. Gaulkan hingga rata.
5) Bentukkan kecil-kecil, susun dalam loyang pembakar yang telah digris. Saiznya akan menaik sehingga 2 kali ganda dari saiz asal apabila dibakar. Suhu ketuhar yang dicadangkan adalah 175 celcius dan dibakar selama 40 minit.

Resipi Biskut Oat Coklat


Adunan ini menghasilkan kira-kira 60-80 keping biskut

BAHAN-BAHAN
6 cawan oat (dikisar halus)
6 sudu besar serbuk coklat/koko
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus)

1 cawan minyak sapi - dicairkan
120g buttercup - dicairkan

Ahh.. Ayuh Bebaskan Diri Dari Telefon Berkarat

Jika telefon bimbit ini dianggap "ketinggalan zaman", maka mengapa kita
masih mengaplikasikan konsep telefon berkarat?
[Kredit - http://www.wpclipart.com/telephone/cell_phones/cell_phones_2/cartoon_mobile_phone.png]
Telefon berkarat.

Saya yakin, majoriti setiap individu berpengalaman dengan permainan ini. Bermula dengan beberapa ayat yang sama ritmanya, kemudian dibisikkan kepada si A, seterusnya si B dan si C, kemudian si D hinggalah ke penghujung. Hasilnya, ayat pertama yang disampaikan akan berubah sedikit demi sedikit. Bahkan, maksud ayat yang asalnya mungkin bertentangan dengan ayat terakhir yang disampaikan!

Itu tentang autentik beberapa baris ayat yang diragui kerana disampaikan dari mulut ke mulut. Di sini, tidaklah saya mengatakan warisan al-Qur’an itu tidak autentik, walaupun telahpun begitu lama. Ya, Islam satu agama wahyu. Al-Qur’an telah dijamin oleh Allah tentang kebenarannya. As-Sunnah akan sentiasa dipelihara oleh Allah di atas muka bumi ini. Apa yang menjadikan mirip dengan konsep ‘telefon berkarat’ adalah tentang amalan kita.

[E-Book] Memahami Sunnah Bid'ah


Sunnah.

Suatu yang menjadi ikutan buat kaum muslimin. Sejauh manakah nilaian amalan harian kita menjadi "sunnah" seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW? Kata baginda semua bid'ah adalah sesat. Tetapi bagaimana pula dengan istilah yang diceritakan ustaz-ustaz "kita" iaitu bid'ah hasanah? Bukan sahaja ustaz "kita" menyebutkan, bahkan Imam besar yang dikenali ketokohannya seluruh umat Islam juga menyebutkannya.

Mari jelaskan pemahaman isu-isu sekitar sunnah-bid'ah ini, melalui kemudahan e-book yang disediakan.

Sebuah buku elektronik (e-book) yang menghimpunkan siri artikel "Jangan Naik Kereta Naiklah Unta", serta dikemaskini dengan tambahan teks nas Arab dan diletakkan riwayat. Terdapat 28 muka surat. Boleh dimuat turun secara percuma di sini.

[E-Book] Religion In Malaysia Is Now Available

Part of content of this e-book

This is my personal notes during studying a compulsory course for CFS IIUM student, in semester I, 2012/2013; Religion In Malaysia. Therefore, it is compiled and rearrange according to the format currently at that time. A brief notes; serve to you to get a big picture what "RIM" studied for, as well as a quick revision for those who already graduated from CFS.

Each topic has around 4-12 pages only; so imagine how easy to make a quick reference with a brief introduction to each major religion in Malaysia. According to my lecturer, he said that this course purposely to create understanding among Malaysian citizen; which have various type of religion as well as nations.

This notes is free of charge, and always free. Insha Allah.

Tulang Ikan Keli Yang Bertuah

Kek Kak Long
Jarang sekali kedengaran ada orang tercekik tulang ikan keli. Ya, ikan keli.

Betapa banyak nikmat Allah yang tak dapat didustai. Alhamdulillah. Cuba fikir semula, apakah yang menjamin sesuatu makanan yang ditelan itu dapat memasuki ke dalam perut dengan sempurna? Dan, setelah diproses dan diekstrak zatnya, siapa pula yang dapat mengarahkan sisa itu meninggalkan perut dan keluar dari tubuh?

Sudah tentu, ianya patuh pada penciptanya.

Perkahwinan "Mencuri" Ahli Keluarga?

Di Lapangan Terbang Subang
Setelah lama menanti, jadual peperiksaan diumumkan. Satu daripada subjek UNGS itu, salah satunya jatuh pada 17 Ogos. Sesuatu perkara yang difikirkan, akhirnya benar-benar berlaku.

Iaitu... tarikhnya sama dengan majlis walimah kakak saya.

Sebelum ini, saya pernah bertanya dengan kawan-kawan yang terlebih dahulu mengambil subjek yang sama pada tahun lalu. Kata mereka, subjek UNGS tidak akan berada di hujung-hujung hari pada minggu peperiksaan. Kebiasaannya, di tengah-tengah minggu.

Untuk meraikan majlis walimah yang kali pertama dalam keluarga saya ini, saya menulis surat kepada kulliyyah IRKHS untuk meminta keizinan diawalkan masa untuk saya. Namun, permohonan itu ditolak kerana kata mereka alasan saya tidak kukuh.

Mungkin.. inilah peluang naik flight untuk balik ke rumah. Allah S.W.T. ada perancangannya yang tersendiri.

Tutorial Menggunakan 4shared.com

Mendownload fail lebih mudah daripada bermain golf
(Gambar: KGPA, KL)
"Alamak... kenapa tak boleh download?"

"Alaa, tak dapat pun!"

"Tak retilah nak download kat 4shared."

Macam-macam yang membuat aduan seperti ayat-ayat di atas. Saya tak pernah pula terfikir ada masalah untuk mendownload files daripada halaman 4shared.com. Perkara teknikal seperti ini sewajarnya kita ketahui serba sedikit, supaya ianya membantu untuk berkongsi dan mengambil fail penting daripada orang lain dengan mudah secara dalam talian (online).

Dah Gosok Gigi Belum? Eh.

Tamat masa peperiksaan kimia II, peperiksaan terakhir di CFS

Alhamdulillah. Telahpun selesai dan tamat pengajian di Pusat Asasi UIAM. Buat pengetahuan pembaca, pada semester akhir yang lalu ada satu subjek yang saya ambil iaitu English for Academic Purposes. Subjek ini seperti pengenalan kepada kami tentang bagaimana untuk menulis format research di peringkat ijazah kelak.

Tajuk yang saya pilih adalah berkaitan dengan kebersihan mulut (dan gigi). Di sini, saya ingin berkongsi bagaimana menjaga mulut (dan gigi) dengan baik berdasarkan pembacaan beberapa jurnal-jurnal akademik dan puluhan artikel yang telah saya baca. Sengaja saya kongsikan di sini, moga ianya bermanfaat. Walaupun ini bukanlah artikel yang ditulis oleh seorang profesional doktor gigi, artikel ini ditulis atas kesedaran dan kecaknaan kepada kebersihan; iaitu sesuatu yang patut diamalkan oleh setiap mukmin.

Ini Bidang Saya, Jangan Sesiapa 'Ganggu'

Hentikan kegitan pengekslusifan agama kepada golongan tertentu.
Ianya bukan milik Melayu, juga bukan milik ustaz ustazah sahaja!
(Gambar : Masjid Cheng Ho, Rantau Panjang, Kelantan - diambil pada bulan 8, 2012)
“Saya nak cari buku Imam Syatibi, kalau awak berjumpa tolong belikan untuk saya. Nak sangat,” seorang pelajar aliran sains kesihatan berdialog dengan rakannya yang berada di kursus aliran agama.

Mungkin budak sains itu memikirkan permintaannya daripada orang yang berada di “bidang” itu mudah untuk mencari buku berkenaan.

“Awak nak baca? Untuk apa?” Tanya pelajar bakal “ustazah” itu.

“Untuk tahu, tak boleh ke?” nada pelajar sains itu bersahaja.

“Bukan tak boleh, tapi kena ada guru. Sebab kalau belajar tanpa guru, gurunya adalah syaitan,” syarah si bakal ustazah.

Budak sains itu terperanjat.

Dengar, Dengar, Dengar dan Diam

Semasa di sekolah rendah, saya pernah mengalami peristiwa di atas yang hampir serupa dengan Miss Bawani. Namun tidaklah setragis peristiwa itu, demikianlah setara dengan umur saya ketika itu. 

Pagi itu kelas hafazan seperti biasa. Sebelum memulakan kelas setiap hari, 30 minit pertama diperuntukkan bagi kelas hafazan.

"Ana period ni, boleh ko nak baca Quran?" tanya sahabat semeja di sebelah.

"Kat rumah, satu keluarga ana baca saja Quran. Kakak-kakak ana pun baca saja masa period. Mak ana kata tak larang, ada ulama' kata boleh baca," jawapan yang tiada nas dan dalil, tetapi sudah cukup untuk dipercayai bagi kanak-kanak sekolah rendah.

Sahabat saya itu membacanya.

Beberapa minit kemudian, guru tasmi' pagi itu membuat tinjauan. Di sebabkan hanya beberapa orang saja pelajar perempuan yang sudah kedatangan haid ketika itu, beliau mengingatinya. Sahabat saya itu sudah masuk hari kedua haid. Maksudnya, semalam beliau tidak membaca al-Quran dengan alasan haid, kemudian hari ini, dia membaca semula seperti biasa. Berpandukan 'ijtihad' yang saya berikan.

Jangan Lupa Pada Yang Berjasa


"Alangkah baiknya jika tuan keluar seperti mana orang lain," kata seorang wakil Umar bin Abdul Aziz (ketika itu beliau menjadi gabenor di madinah) yang menjadi wakil bertemu khalifah al-Walid bin Abdul Malik.

Lelaki tua itu tidak berganjak.

Orang ramai telah diarah keluar dari masjid nabawi kerana khalifah berhasrat untuk memperbesarkan kawasan masjid nabawi. Hal ini untuk memudahkan khalifah meninjau dengan lebih teliti. Khalifah hadir ditemani oleh dua orang iaitu Umar bin Abdul Aziz dan Raja' bin Haiwah, serta beberapa wakil pegawai Umar bin Abdul Aziz.

"Saya tidak akan keluar dari masjid ini kecuali pada waktu yang biasa saya keluar," kata lelaki tua itu.

Beliau tidak gentar meskipun dengan khalifah.

Jodohkan Anak Dengan Seorang Rakyat Miskin, Tidak Dengan Jejaka Bakal Khalifah!


"Maisarah!" si khalifah, Abdul Malik Bin Marwan, memanggil pengawalnya setelah terjaga dari tidur.

"Ya, wahai Amirul Mukminin," panggilannya bersahut.

"Pergilah ke masjid Rasulullah SAW dan panggilkan seorang ulama' untuk berbual dengan saya," pinta si khalifah.

Ketika itu khalifah berhasrat untuk menunaikan haji. Maka, baginda menziarahi madinah terlebih dahulu. Rombongan khalifah ini bertolak dari Damsyik ke Madinah. Apabila tiba di madinah, baginda menziarahi masjid nabawi. Baginda mendapati terdapat banyak majlis ilmu yang dikendalikan oleh para tabiin. Tempoh lawatan ke masjid nabawi dipanjangkan.